Monday, February 18, 2013

Amah Lambung Bayi Umur 4 Bulan

semua orang tahu rasanya tengah heboh sekarang pasal video pembantu rumah melambung bayi umur 4 bulan.  aku tak tengok pun video tu sebab aku ni kalau bab-bab penderaan kanak-kanak ni aku tak sampai hati nak tengok gambarnya.  aku tengok pun kat berita TV9 malam tadi.

kemudian baru aku tahu kejadian tu berlaku di Kuantan dan rumah bayi tu pula kat Bukit Setongkol dekat dengan taman rumah mertua aku.  memang lalu hari-hari.  bengang juga bila baca berita di akhbar.  pembantu rumah tu baru sehari je diambil bekerja.  nasib baiklah ibu bapanya ada pasang cctv, kalau tak tak  tau apa jadi kat bayi tu.  

rasanya sekarang ni kerajaan atau majikan swasta kena fikirkan untuk planning secara serius ibu-ibu yang berkerjaya ni boleh bekerja dari rumah.  zaman sekarang ni memang perlu dah dibuat macam tu.  kalau tak macam nilah jadinya.  apa lagi penyelesaian yang kita ada?  kalau berhenti kerja dah tentu membazir segala kepakaran yang ada pada wanita ni.  takkan masih nak harapkan mak ayah yang patutnya berehat untuk menjaga cucu pula?  Taska atau pengasuh pun ikut nasib kalau dapat yang betul-betul bagus.  harap-harap tak adalah terjadi pada anak-anak aku nanti.


Lina

No comments: