dari petang semalam si Qistina tak berapa sihat. dia kata dia sakit perut so petang semalam tak pergilah sekolah agama. pagi tadi tengok macam tak berapa ok lagi so tak bagi dia pergi sekolah. biarlah dia berehat dulu. mula-mula aku ingat nak cuti tapi bila tengok dia taklah teruk sangat so aku masuk lambat sikitlah ke pejabat. dalam pukul 10 lebih pagi tadi hantar dia 2 beradik ke rumah mertua aku. si Amsyar mula-mula ingat aku tak kerja, bising mulutnya bila sampai kat rumah mertua tadi. dalam kepala dia kalau aku dengan En Khairol tak kerja pergi jalan jelah jawabnya hehe. hai anak...anak...
Wednesday, February 27, 2013
Monday, February 25, 2013
Check Up Minggu Ke-38
pagi tadi pergi ke klinik untuk check-up selagi tak bersalin ni. sekarang ni aku senang pergi sebelah siang sebab kalau pergi sebelah malam asyik tertangguh-tangguh jer. lagipun bos tak ada hari ni so taklah rasa bersalah sangat nak pergi hehe.
kandungan aku dah 38 minggu dah. kiranya bila-bila masa pun aku dah boleh bersalin tapi tak ada tanda-tanda lagi. cuma aku dah asyik rasa penat, makin cepat rasa mengah, makan banyak sikit ke, berjalan banyak ke mulalah kaki rasa lenguh semua. kemudian kaki makin kerap cramp waktu malam. sakitnya Allah sahaja yang tahu.
dalam waktu-waktu trimester terakhir ni aku kerap berdoa agar dipermudahkan kelahiran kali ni. bukan apa kadang-kadang rasa berdebar macam nak lahir anak sulung. ya lah beza dengan Amsyar 4 tahun mana tak rasa cam baru mengandung sulung hehe. kalian tolong doakan juga yer agar aku bersalin dengan selamat, lancar dan segalanya dipermudahkan, insyaAllah.
p/s : baca cerita pasal Rita Rudaini kat beautifulnara tadi, sedihnya kan bila suaminya dah mengaku tak sayangkan dia lagi.
Lina
Thursday, February 21, 2013
Cerita Qistina
aku tak cerita pun pasal Qistina kan sejak dia masuk Tahun 1 ni. alhamdulillah dari start persekolahan sampai ke hari ni aku tengok ada perubahan la pada diri dia. rajin dah sikit nak belajar. kalau masa tadika sebelum ni suruh menulis ke mengeja ke punyalah liat. kali ni bila suruh tak adalah merungut ke apa. walaupun dia agak slow sikit membaca tapi mengira dan melukis alhamdulillah. sekarang ni malam-malam lepas dia habis buat kerja sekolah kalau ada, lepas tu aku dengan En Khairol buat latih tubi ajar dia mengeja dan membaca. dia mengeja boleh tapi bila suruh dia sebut semula untuk jadi perkataan tu yang dia lemah. tak tahulah sama ada dia confuse ke atau apa tapi lepas dah beberapa kali kami ajar tu alhamdulillah ada sedikit kemajuan.
yang paling kami tak sangka dia dilantik sebagai Ketua Kelas. terkejut juga aihhh ada sifat kepimpinan rupanya anak dara aku ni hehe. mula-mula dia kata dia jadi Penolong Ketua Kelas, lepas tu sebab dia selalu datang awal dan agaknya penolong tu datang lewat sikit cikgunya tukar. jadi sekarang ni aku pulak yang jadi mangsa sebab kena cepat kalau tidak bisinglah dia dalam kereta kalau lambat. lagi best kat sekolah agama dia pun dia jadi Ketua Kelas. ya lah kan kadang-kadang kita tak perasan, masa kat rumah kita rasa anak kita biasa-biasa jer tapi bila dah sekolah cikgu yang perasan kelebihan anak-anak kita.
sekarang ni aku pun dah start bagi dia makan supplement untuk kecerdasan otak. ya lah pagi pukul 6 kena bangun dah. pagi pergi sekolah biasa, petang pergi sekolah agama pula. pukul 5.30 baru habis. sampai rumah pukul 6 lebih. kalau ada kerja sekolah kena buat pulak. pukul 9 atau 10 malam kena tidur dah. aku tengok kadang-kadang kesian dia kepenatan. kadang-kadang waktu petang dalam kereta on the way nak balik rumah dia dah terlentuk tidur. jadi sekurang-kurangnya bila makan supplement tu membantulah sikit.
Restoran Al Edrus Cawangan Kuantan
masa cuti Chinese New Year hari tu, 2 orang kakak aku dan seorang abang aku ada balik. bila dah ramai-ramai tu plan dinner kat luar. abah aku rasanya yang cadang nak makan nasi arab ni. so decide nak makan kat Restoran Al Edrus yang baru buka cawangannya di Kuantan. aku ni pun google lah alamatnya, ya lah tak pernah pergi lagi so tak tau kat mana. lepas dah dapat alamat semua, trylah mencari. nasib baik adik ipar aku ada. oh senang jer nak cari. tak adalah sampai berpusing-pusing hehe. aku bertiga dengan anak-anak sebab En Khairol tak balik lagi dari Lipis.
ini muka depan buku menu yer. menunya biasalah yang terdapat kat restoran-restoran makanan arab.
disebabkan kami ramai, macam tak berbaloi kalau setiap orang order sepinggan kan. lepas tanya pelayan kat situ, dia suggest order satu pinggan besar nasi arab yang boleh 7, 8 orang makan. kemudian diletakkan ayam dan kambing sekali so boleh rasa dua-dua. jadi kami order 2 pinggan besar nasi arab. air jer kami order lain-lain.
tengoklah si Amsyar ni, orang lain sibuk berborak-borak dia sibuk dengan tabnya.
habis licin nasi arab tu kami kerjakan hehe. pendapat aku, sedap juga nasinya. ayam dan kambingnya pun lembut. oh ya nasi arab ni disertakan juga dengan kari dan sambal.
sumber : google
kepada yang berminat nak cuba nasi arab kat Restoran Al Edrus ni, restoran ni terletak di Kuantan Star City II, Lorong Seri Kuantan 80. masa operasi dari pukul 12 tengahari hingga 12 tengah malam.
Lina
Wednesday, February 20, 2013
Konsert Anuar Zain 3 Dekad - Muzik, Cinta dan Sanubari
setelah sebulan lebih menunggu, dengan cabaran nak mendapatkan tiket semua, akhirnya sampai jua aku ke Stadium Malawati, Shah Alam ni. aku berdua dengan En Khairol, bertolak dari Kuantan kira-kira jam 10.00 pagi hari Sabtu tu. sepatutnya boleh sampai awal ke Shah Alam tapi masa kat Ampang, jalan jem pulak. dah sampai pukul 1 lebih mana tak jem hehe.
kami pergi terus ke hotel di Seri Petaling dulu untuk check-in. ala hotel bajet jer, nak stay semalaman je kan. lepas check-in dan rehat sekejap baru kami keluar semula cari makan dan survey jalan ke Stadium Malawati. lagipun nak tukar tiket sekali sebab dah tukar venue kan dari Stadium Putra Bukit Jalil. tempat duduk pun bertukar juga.
lepas tukar tiket apa lagi bergambarlah dulu. malam karang mesti tak sempat hehe. tak banyak sangat bunting gambar Anuar Zain. cuma kat pintu masuk je letak bunting yang besar. lepas tu kami pun balik semula ke hotel. lepas rehat dan sempatlah juga terlelap sekejap, kira-kira jam 7.00 malam kami pun bertolak ke stadium. nak dijadikan cerita hujan lebat selebat-lebatnya di sepanjang Lebuh Raya Shah Alam. perjalanan yang sepatutnya ambil masa dalam 15 ke 20 minit jadi 1 jam. ingatkan nak isi perut dulu tapi tak sempat.
suasana di pentas sebelum konsert bermula. emm kalau ada duit terpijak memang dah beli dah tiket VIP kat depan sekali tu hehe.
nak tau tempat duduk aku, tempat yang atasssssssssss sekali. kalau aku tahu awal-awal dah call ticketcharge tu bagi tempat duduk rendah sikit. memang sayup gile, gayat sekejap aku pandang ke bawah.
inilah gambar-gambar yang sempat diambil masa konsert. duduk jauh kan inilah yang termampu.
beli jugalah cenderamata untuk kenangan
secara keseluruhannya memang puas hatilah konsert Anuar Zain kali ni. sound system pun bagus, memang dengar suaranya meremang bulu roma. sesekali bila dengar Anuar Zain nyanyi nampak dia sebak, mungkin tak sangka konsertnya dapat sambutan. aku pun bila sama-sama ikut nyanyi tu rasa sebak juga. kebanyakan lagu-lagu popular telah dinyanyikan macam Keabadian Cinta, Perpisahan, Sesuci Cintamu, Lelaki Ini, Sedetik Lebih dan banyak lagilah. yang paling havoc mestilah semasa kemunculan Nora Danish masa lagu Ajari Aku. walaupun sekejap tapi cukup meninggalkan kesan. kemudian ditayangkan secara eksklusif klip video sambungan Sempurnakan Aku.
akhirnya lepas juga hajat nak tengok konsert Anuar Zain. thanks kepada 'baby' kerana memberi kerjasama pada mama. ya lah cuak juga takutlah terbersalin awal hehe. lepas ni tak taulah bila pula Anuar Zain nak buat konsert lagi. yang pasti yang terdekat mesti masa Minggu Setiausaha kan. taknya nak pergi sebab masa tu tengah berpantang dan tiket lagilah mahal sebab eksklusif.
Tuesday, February 19, 2013
Nasi Minyak Tanjung Api
ini cerita masa minggu Chinese New Year. pagi Sabtu tu tiba-tiba teringat Nasi Minyak Tanjung Api yang famous tu. cakap kat En Khairol terus dia ajak pergi sana. bukan apa dah lama tak makan nasi minyak tu.
sampai kat kedai tu tengok orang ramai. tengoklah tu berderet beratur tunggu giliran tapi tak adalah lama sangat menunggunya. service memang tip top.
2 beradik yang kena kejut bangun awal.
1 portion ni memang banyak nasinya. bolehlah kenyang sampai ke petang hehe. puas hati betul dapat makan.
Lina
Monday, February 18, 2013
Gambar Anuar Zain Semasa Konsert
hehe kalian jangan jemu pula ye, hari ni blog aku asyik cerita pasal Anuar Zain jer. ini nak share gambar-gambar masa konsert pula.

sumber : www.budiey.com
Lina
Gambar Anuar Zain Semasa Rehearsal
Amah Lambung Bayi Umur 4 Bulan
semua orang tahu rasanya tengah heboh sekarang pasal video pembantu rumah melambung bayi umur 4 bulan. aku tak tengok pun video tu sebab aku ni kalau bab-bab penderaan kanak-kanak ni aku tak sampai hati nak tengok gambarnya. aku tengok pun kat berita TV9 malam tadi.
kemudian baru aku tahu kejadian tu berlaku di Kuantan dan rumah bayi tu pula kat Bukit Setongkol dekat dengan taman rumah mertua aku. memang lalu hari-hari. bengang juga bila baca berita di akhbar. pembantu rumah tu baru sehari je diambil bekerja. nasib baiklah ibu bapanya ada pasang cctv, kalau tak tak tau apa jadi kat bayi tu.
rasanya sekarang ni kerajaan atau majikan swasta kena fikirkan untuk planning secara serius ibu-ibu yang berkerjaya ni boleh bekerja dari rumah. zaman sekarang ni memang perlu dah dibuat macam tu. kalau tak macam nilah jadinya. apa lagi penyelesaian yang kita ada? kalau berhenti kerja dah tentu membazir segala kepakaran yang ada pada wanita ni. takkan masih nak harapkan mak ayah yang patutnya berehat untuk menjaga cucu pula? Taska atau pengasuh pun ikut nasib kalau dapat yang betul-betul bagus. harap-harap tak adalah terjadi pada anak-anak aku nanti.
Lina
Luahan Emosi Anuar
Luahan emosi Anuar
Pentas indah sederhana besar yang terletak di tengah-tengah ruang Stadium Malawati, Shah Alam, bagai saksi perjalanan seni seorang penyanyi bernama Anuar Zain.
Umpama menyelak helaian catatan kehidupan yang selama ini menjadi teka-teki dan penuh rahsia, Anuar seperti membuka ruang apabila berkongsi lakaran manis, senyum dan tangisnya sepanjang 30 tahun bergelar anak seni.
Konsert Anuar Zain : Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari yang dipentaskan malam kelmarin merangkumkan perjalanan yang ditempuhinya.
Bukan calang-calang penyanyi mampu mempertahankan popularitinya seperti Anuar. Malah, untuk sampai ke peringkat sekarang, bukanlah satu perkara yang mudah untuk penyanyi berusia 43 tahun ini.
Lagu tersirat makna
Lantas sepanjang dua jam setengah persembahan, naluri khalayak disentuh dengan rangkaian lagu yang menggambarkan perjalanan kerjaya nyanyian anak kelahiran Merlimau, Melaka sejak 1983.
Perjalanan emosi pemilik nama penuh Shahrul Anuar Mohd Zain ini diterjemah melalui 19 lagu yang dinyanyikannya. Setiap lagu mempunyai jalinan maksud dan makna tersendiri buat si penyanyi ini. Barangkali kerana itu juga, ketika dia berdiri di atas pentas, saat menyanyikan lagu dan berkomunikasi dengan penonton, mata Anuar kelihatan bergenang dan perasaan sebak jelas kedengaran dari nada suaranya.
Apabila ditanya hal itu, Anuar mengakui, perasaannya sedikit sensitif malam itu.
"Sebelum ini, ramai yang tahu saya bukanlah seorang yang senang menangis. Mereka menggelarkan saya hati batu dan sebagainya. Namun ada beberapa sebab mengapa saya jadi begitu.
"Pertamanya, saya begitu terharu dan tak sangka saya mampu berdiri teguh dalam industri selama 30 tahun. Sebelum ini, ada yang meramalkan saya hanya mampu bertahan untuk sesuatu tempoh saja.
"Kedua, hati saya sungguh tersentuh dengan kehadiran kedua-dua orang tua ke konsert ini. Sebelum ini, mereka memang susah nak datang ke konsert anak mereka. Ini kerana mereka tak mahu melihat betapa sukarnya kami yang terpaksa berhempas pulas di atas pentas mencari rezeki.
“Justeru sebaik saja melihat wajah mereka, hati saya jadi sebak," terang Anuar pada sidang media selepas konsert itu berakhir.
Pengertian mendalam
Menerusi konsert itu, Anuar membawa peminat meneroka pengalaman, arus kejayaan dan kerja kerasnya menongkah tohmahan untuk mencipta kejayaan - sama ada yang terlihat atau tersembunyi di mata masyarakat.
Konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari itu juga memberi pengertian mendalam buat adik kepada penyanyi Ziana Zain ini. Ini kerana buat pertama kalinya, dia beraksi di sebuah konsert solo berskala mega sambil mengalunkan semua lagu dipetik daripada album yang pernah dihasilkannya.
Konsert itu turut merangkumi elemen melodi, grafik dan emosi yang diterjemahkan menerusi pilihan lagu. Semuanya menggambarkan citra kehidupannya untuk dikongsi bersama peminat.
Vokalis wanita hangatkan persembahan
Turut didedahkan Anuar malam itu adalah bagaimana dia mula-mula menceburkan diri dalam bidang seni, iaitu pada usia yang masih kecil.
"Sebagai anak, saya perlu akur dengan arahan ayah. Dia yang menyuruh saya untuk menyanyi di sebuah majlis perkahwinan. Saya memang seorang pemalu. Tapi dia tetap memaksa saya untuk menyanyi dan akhirnya saya memilih lagu Hati Lebur Jadi Debu nyanyian Hetty Koes Endang.
“Daripada sebuah lagu, melarat-larat jadi lima lagu. Itulah titik permulaan saya menjadi penyanyi," katanya sambil disambut tepukan gemuruh lebih enam ribu penonton.
Anuar membuka tirai persembahan dengan lagu I'm The Lucky One disusuli lagu rancak Bila Resah serta Suria dan Siarra sebelum membawa lagu yang menjulang namanya, Jangan Bersedih Lagi; Mungkin; Ajari Aku; Keabadian Cinta; Kau Bunga Cintaku dan Perpisahan.
Penyanyi tampan ini juga turut mengalunkan lagu Ketulusan Hati; Cinta Harus Memiliki serta rangkaian medley Kembalikah Kasih dan Hanya Milikmu.
Anuar membuat stadium itu gamat apabila mengundang tiga penyanyi bervokal hebat iaitu Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvina Arul untuk mengiringinya membawa lagu Cinta Harus Memiliki. Tanpa perlu menampilkan kumpulan koir, suara tiga penyanyi ini sudah cukup untuk menggegarkan stadium dengan vokal harmoni mereka.
"Mula-mula saya segan untuk menampilkan artis popular sebagai artis undangan. Namun selepas diyakinkan oleh team produksi dan dengan bantuan Pengarah Konsert, Jennifer Thompson, akhirnya berlakukah apa yang anda saksikan tadi. Mereka memang hebat," puji Anuar.
Gimik Nora Danish
Istimewanya, Anuar turut menampilkan model klip video Ajari Aku, Nora Danish di atas pentas ketika lagu itu didendangkan lalu mendapat tepukan gemuruh peminat. Anuar kemudian menayangkan secara eksklusif muzik video Sempurnakan Aku yang dijanjikan sebelum ini.
Apabila Anuar memberitahu dia mahu peminat pulang dengan hati yang puas, ternyata ia bukan janji kosong, ramai yang memuji sistem bunyi yang digunakan Anuar dalam konsert itu. Vokal mantap Anuar jelas kedengaran dan persembahannya dihidupkan lagi dengan bantuan penataan cahaya yang menarik. Itulah hasilnya apabila menggunakan khidmat tenaga profesional untuk menjayakan konsert itu.
Bagi peminat yang tidak berkesempatan menyaksikan konsert itu, Anuar berjanji untuk menghasilkan cakera padat (CD) dan cakera padat video (DVD) konsert itu secepat mungkin.
Selain Ziana antara artis yang dilihat menyaksikan konsert itu ialah Fara Fauzana, Hafiz, Fazli Zainal, Thumb Suhaimi dan beberapa personaliti TV3.

Nota : Memang berbaloi dapat pergi ke konsert Anuar Zain, walaupun nampak dari jauh jer sebab beli tiket yang murah je kan tapi puas hati :-)
Lina
Subscribe to:
Posts (Atom)