Monday, January 7, 2013

Terukir Di Bintang Terukir Di Pentas AJL

keputusan penuh Anugerah Juara Lagu Ke-27 malam tadi.

Juara : Terukir di Bintang / Yuna tapi dinyanyikan oleh Aizat

Naib Juara : Idola / Azlan and The Typewriter

Ketiga : Kuakui / Hafiz

Vokal Terbaik : Hafiz / Kuakui

Persembahan Terbaik : Teman Pengganti / Black & RJ

Corat-Coret AJL 27 :-

1. Shila Amzah nampak berisi mungkinkah disebabkan bajunya yang penuh lip lap lip lap.

2. Ya ampun! adakah Stacy sudah gemuk! nampak berumur mukanya disebabkan berlapis dagu.

3. Perlu ke Aaron Aziz mendukung Adira? Ini bukan jealous ke apa tapi nampak overlah.

4. Lagu yang bertajuk 'Lagu' tu bestlah.  Catchy sangat, rasa nak menari bila dengar.

5. Selama ni dengar lagu Tanpamu kat radio tapi tak tahu siapa penyanyinya.  Malam tadi baru tahu itu Amir Jauhari.

6. Lagu Teman Pengganti tu memang bestlah.  Suara Black pun mantap.  Antara lagu favourite untuk menang AJL.  Part Black nyanyi tu rasa meremang jer dan syahdu jer.

7. Aku rasa Aizat nampak seksilah bila ada kumis.

8. Dress kedua yang dipakai oleh Cheryl cantik sangat.

9. Dengar Misha Omar nyanyi masa pembukaan tu teringat masa dia menang AJL tu.  masa tu dia nyanyi dengan penuh semangat siap lirikan mata lagi.

10. Persembahan penutup tu dah macam konsert rock dah aku rasa.  semua pakat bangun menyanyi especially masa papa rock Ramli Sarip nyanyi.  aku pun ikut nyanyi sama sebab zaman aku dulu tu lagu-lagu rock kapak semua tu hehe.

11.  Diakui suara Hafiz memang mantap.

12. Aku rasa Shila Amzah tu memang tengah dilamun cinta, di awang-awangan sebab tak segan-silu nak ucapkan kata-kata cinta di public.  aku respek sikap terus-terangnya tu tapi rasanya dia patut cover juga sebab semua orang dah tahu jadi kalau dia mengambil pendekatan tidak terlalu open mulai sekarang rasanya lagi orang respek.

itulah sedikit-sebanyak yang boleh aku coretkan untuk AJL kali ini.  secara keseluruhan aku rasa AJL kali ini  oklah, taklah meleret sangat.  pengacara pun ok taklah cakap merapu sangat.  lagipun Faizal dan Cheryl memang dah berpengalaman kan.


Lina

No comments: