Friday, January 4, 2013

Tahun 2013 Tahun Awal Bagiku

kalau tengok tajuk post kat atas apanya yang awal ek?  sebenarnya sejak Qistina masuk Tahun 1 ni dia kena ada kat sekolah jam 7.30 pagi.  dah kalau kena ada 7.30 pagi dah tentu-tentu aku kena keluar awal dari rumah kan.  so, dalam 3 hari ni aku keluar rumah jam 6.50 pagi.  paling lewat pun 7.00 pagi memang kena keluar dah.  lagipun aku kena hantar Amsyar dulu ke rumah mak mertua aku.  kemudian baru gerak ke sekolah Qistina.  lagi satu reason kena keluar awal sebab kat kawasan perumahan ada sekolah kebangsaan Cina baru buka tahun ni.  disebabkan jalan nak masuk ke sekolah tu tak siap lagi jadi ibu bapa tu kena lalu perumahan aku lah dulu.  jadi, memang sesaklah sikit kat simpang masuk.  untuk mengelakkan bersesak-sesak tu baiklah aku keluar awal.  sampai kat sekolah Qistina selalunya dalam pukul 7.20 pagi.  pejabat aku kan dekat jadi pukul 7.30 dah sampai.  2 hari dah aku buka pejabat hehe.  member member ofis pun terkejut awal pula tahun ni hehe.  nak buat camno anak dah masuk sekolah, rutin pun dah berubahlah.  ada bagusnya juga Qistina dah masuk sekolah ni.  aku dengan En Khairol pun dapat bangun awal sikit.  dapatlah menambahbaik sahsiah diri  ke arah umat Islam yang lebih baik lagi, insyaAllah.


Lina

No comments: