Wednesday, January 9, 2013

Set Bersalin Tanamera



anak dah nak masuk 3 orang tapi masih tercari-cari set bersalin apa yang sesuai.  bukan apa aku taknak jadi macam masa bersalinkan 2 orang dulu, beli yang ada pil jamu tu langsung tak makan.  untuk makluman masa bersalin anak kedua aku beli set bersalin Leesa, yang pertama tu aku tak ingatlah beli set bersalin apa.  langsung tak habis pakai, pil-pil pun tak habis makan, membazir jer.  jadi yang ketiga ni ingat taknaklah beli yang banyak pil-pil jamu tu.  hasil dari survey ada satu yang menarik hati iaitu Set Bersalin Tanamera.  tak ada satupun pil-pil cuma ada teh herba jer.  yang lain semua untuk kegunaan luaran.  baca testimoni daripada pengguna pun nampak meyakinkan.


ada 11 produk yang terkandung dalam set bersalin ni.  produknya adalah :

1. Minyak kelapa dara
2. Sabun herba
3. Minyak urut herba
4. Air bunga lavender
(4 produk ni boleh mula digunakan semasa mengandung)
5. Herba pembersih wanita
6. Mandian herba
7. Teh herba
8. Tapel
9. Bengkung
10. Pilis
11. Lulur Badan Herba

oh aku tengok kat website Tanamera tadi, kalau buat pembelian mulai 15 Disember 2012 ada promosi tau iaitu dapat lagi sebotol Minyak Kelapa Dara (selagi stok masih ada).  harga set bersalin ni mahal sedikitlah iaitu RM360.  

kalau nak baca testimoninya dan maklumat lanjut mengenai set bersalin Tanamera ni boleh pergi ke http://tanamerapostnatal.com.

kalau nak baca testimoni daripada blogger pula boleh pergi ke blog REDMUMMY.

emmm sebenarnya aku tak decide lagi nak beli ke tak tapi memang aku tertariklah dengan set bersalin ni.  tak apa kalau aku jadi beli nanti aku bagitau yer hehe.

Lina

No comments:

Share |