pejam celik pejam celik hari ni kita dah di hari terakhir di tahun 2012. esok berganjak satu tahun lagi ke tahun 2013. hari terakhir tahun 2012 ni di Kuantan hujan lebat sejak dari awal pagi tadi. masih lagi tak berhenti sampai ke saat ini. harap-harap taklah dilanda banjir macam hari Isnin lepas. masa bangun subuh tadi rasa macam nak sms je ke bos nak cuti hehe. reason tak ambil cuti hari ni sebab 2hb nanti aku kena cuti sebab Qistina masuk sekolah Tahun 1. dalam keterpaksaan chewahhh datanglah juga kerja hari ni.
seperti biasa bila masuk tahun baru mesti orang tanya apa azam tahun baru. aku cuma berharap dan berdoa agar kehidupan aku sekeluarga pada tahun 2013 nanti akan lebih baik lagi daripada tahun 2012. kenangan paling manis di tahun 2012 of course lah bila aku disahkan pregnant anak ke-3. kenangan paling pahit perginya ke rahmatullah ayah mertua yang amat disayangi. walau apapun segala kenangan pahit manis tersebut akan dijadikan memori di lipatan hidupku dan iktibar buatku.
lagi satu pada tahun 2013 nanti aku akan cuba lebih aktif lagi berblog. bukan apa aku rasa macam segan lak dengan Nuffnang. iklan-iklan Nuffnang sentiasa berlegar-legar di blog aku padahal pageview sehari tak sampai ratus pun. follower pun 300 lebih jer. aku pulak buat entry ikut dan aku jer. kalau rajin buat, kalau tak bersawanglah blog. jadi untuk menyahut cabaran dan membalas jasa baik Nuffnang serta pembaca-pembaca blog aku aku akan cuba seaktif mungkin pada tahun 2013 nanti yer.
akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 buat semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. aku doakan semoga kalian juga beroleh kejayaan dan kebahagiaan di tahun baru ini.
Lina
No comments:
Post a Comment