Monday, January 7, 2013

Selamat Berdikari!

hari ni aku dah mula tak pergi pantau Qistina masa rehat.  pagi tadi masa hantar ke kelas, dia ada pesan juga suruh datang masa rehat.  macam-macamlah alasan yang diberi.  nanti tak jumpa tempat kosonglah, kawan tak ada lagilah, itu inilah.  dah habis dia bagi alasan aku pun bagi alasan aku juga.  aku bagitau dia takkan hari-hari mama nak jalan datang ke sekolah.  kakak kenalah belajar makan dengan kawan-kawan.  cari tempat kosong lepas tu makanlah.  mula-mula tu mukanya kelatlah juga tapi lepas pujuk-pujuk dia pun boleh terima.  hopefully dia boleh sebab 2 hari masa aku pergi pantau dia ok sebenarnya.  tak boleh nak ikutkan sangat sebab nanti dia terlampau bergantung pada kita. 


Lina

2 comments:

Ummi Syafiq said...

salam..
takpe nnt dah ada kwn dia akan okey.mula2 mmg camtu kan?

Lina said...

Ummi Syafiq

waalaikumussalam

itulah dlm hati risau jg tp kena jglah lpskan klu tdk bila lg dia nak blaja