Tuesday, January 15, 2013

Pengadil Sukaneka Hari Keluarga KRT

hari Sabtu baru-baru ni En Khairol telah dijemput untuk menjadi pengadil acara sukaneka pada Hari Keluarga KRT salah sebuah taman ni.  aku dengan anak-anak pun ikut sekali sebab saja je nak tengok.  masa kami sampai acara senamrobik tengah berlangsung.  aku tak adalah nak bersenamrobiknya dengan memboyot gini.  kalau tak memang join sekalilah.

mula-mula Qistina malu-malu lepas aku pujuk-pujuk baru nak join

En Khairol dan Amsyar

ini acara mewarna.  En Khairol tengah menunggu anak-anak yang tak siap lagi mewarna.

acara sukan tengah berlangsung di tengah padang

banyak juga acara sukan yang diadakan.  sebenarnya tahun-tahun sebelum ni pengadil sukaneka adalah terdiri daripada ahli KRT juga tapi tahun lepas ada sedikit ketidakpuasan hati dengan keputusan.  jadi tahun ni diorang jemput pengadil dari luar.  tak adalah bias nanti.  hai sukan KRT pun ada juga tak puas hati ek.  itu baru sukan kecil-kecil belum lagi yang besar-besar hehe.  kira-kira pukul 1.00 tgh acara sukan pun berakhir.  dapatlah En Khairol sedikit cenderahati.

Lina

No comments: