Monday, January 7, 2013

Nama Sebenar Mangsa Perkosaan di India

dalam entry aku sebelum ni di SINI aku ada letak gambar mangsa tersebut tapi baru-baru ni aku ada terbaca yang bapa kepada mangsa berkata yang gambar yang disebarkan sekarang ini sama ada di Facebook dan di mana-mana bukan gambar sebenar anaknya dan beliau meminta gambar itu dikeluarkan.  so aku minta maaflah kalau kalian yang buka blog aku ni sebab nak tengok gambar mangsa tersebut sebab aku pun share daripada blog orang lain.  kalau gambar tu salah minta maaf banyak-banyak.  aku buat keputusan untuk remove gambar tersebut.

dalam akhbar Berita Harian hari ini bapa kepada mangsa tersebut telah memberikan nama sebenar anaknya iaitu Jyoti Singh Pandey dan berumur 23 tahun.  walau bagaimanapun gambarnya tidak ditunjukkan.  mungkin untuk tidak mengaibkan lagi anaknya.


Lina

No comments:

Share |