malam tadi telah berlangsungnya majlis pertunangan anak saudara perempuan belah En Khairol. dia yang kami panggil Ayong adalah cucu sulung dalam keluarga En Khairol. belah En Khairol memang ramai anak-anak saudara yang dah besar-besar. dah bayangkan aku dah ada cucu saudara. sebenarnya adik kepada Ayong dah kahwin dah. adiknya lelaki kahwin muda. dah sampai jodoh takkan kita nak tahan-tahan kan. kiranya yang perempuan Ayong nilah yang pertama bertunang. majlis dibuat kat rumah mak mertua aku sebab mak dan ayah Ayong masih duduk kat Kedah sebab ayahnya bekerja di sana. anak-anaknya je yang duduk kat Kuantan ni. lagipun tinggal seorang je lagi anaknya, sekolah lagi. mak dan ayah Ayong balik bercuti pun sebab nak uruskan majlis ni lah. hari ni nak balik ke Kedah semula. oh ya tunang Ayong ni pun orang Kuantan je taklah jauh sangat hehe.
anak bujang aku yang tak duduk diam
semasa sesi perbincangan
barang hantaran daripada pihak perempuan. pihak lelaki bagi 5 dan pihak perempuan balas 7.
inilah dia yang dah jadi tunangan orang
semasa sesi menyarung cincin. pihak lelaki datang merisik dan bertunang sekali.
alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. tempoh yang diminta adalah setahun. lepas ni sibuk nak buat persiapan kenduri kahwinlah pulak. tahniah buat Ayong!
Lina
2 comments:
tahniah,.. semoga semuanya berjalan lancar
zuriey
terima kasih
Post a Comment