Tuesday, January 1, 2013

Kursus Peningkatan Imej, Personaliti & Ketrampilan Diri

sejak mengandung ni dah lama tak pergi kursus.  so baru-baru ni dalam bulan November pergilah juga sebab nak mencukupkan bilangan hari kursus.  kursus selama 3 hari ini diadakan di Hotel Vistana, Kuantan.  oklah kan tak payah nak bermalam tinggalkan anak-anak sebab kebetulan En Khairol pun tak ada outstation masa tu.  

sebetulnya aku dah pernah hadir kursus macam ni tapi penceramahnya orang lainlah.  kali ni orang lain pulak.  oklah dapat juga ilmu baru.

ini 2 kategori warna harmoni yang sesuai dengan diri kita

masa ni nak tengok apa warna harmoni aku, sama ada cool atau warm.  ini warna cool.

ini warna warm.  keputusannya warna harmoni aku kategori cool.  emmm selama ni aku banyak beli yang warna warm sebenarnya.

selain tahu warna harmoni, banyak juga yang aku belajar.  bagus jugalah kursus ni.

di akhir kursus, group semeja bergambar dengan penceramah, Puan Shiema Abdullah yang kami panggil cikgu sepanjang kursus tu.  alhamdulillah, kursus berakhir dengan jayanya.  banyak juga ilmu baru yang aku dapat especially tentang warna.  bolehlah dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Lina

2 comments:

Ummi Syafiq said...

Salam.. Bestnye.saya x tau warna harmoni sy cool ke warm

Nor Liza said...

Boleh tolong dapatkan info penceramah tu sbb saya pun nak buat kursus macam ni.
Terima kasih.

nleez74@gmail.com