Friday, January 4, 2013

Kalau Tak Pregnant Sure Aku Dah Kurus

haha tajuk tak menahan.  bukan apa 2 hari ni aku ulang-alik jalan kaki dari pejabat aku ke sekolah Qistina sebab nak pantau time rehat.  dari pejabat ke sekolah dia jalan kaki adalah dekat 5 minit.  bangunan kami ni cuma dipisahkan dengan jalan raya je.  alhamdulillah hari ni aku jenguk dia dah  boleh survive sendiri.  aku cuma cakap cari tempat kosong dan makan dengan kawan-kawan.  lepas tu aku tengok dari tepi je.  taknaklah nanti berharap aku ada jer.  hari ni aku bekalkan dia burger.  bagi juga duit belanja tapi tengok macam taknak membeli je.  rasanya minggu depan tak payah dah kot aku pergi memantau.  

Lina

No comments: