Thursday, January 3, 2013

Hari Pertama Persekolahan Qistina

seperti biasa bila buka hari persekolahan di tahun baru, ibu bapa yang ada anak umur 7 tahun mesti sibuk.  tahun 2013 ni aku antara ibu bapa yang terlibat.  sekejap je masa, Qistina dah 7 tahun dah masuk sekolah.  aku dengan En Khairol memang dah apply cuti 2hb tu untuk hantar dia.

jadi awal-awal pagi dah kejutkan dia.  memang kerah dia tidur awal malam sebelumnya sebab takut susah nak bangun nanti.  yelah dekat 2 bulan bangun lewat jer kan.

sebelum masuk kereta suruh bergambar dulu buat kenangan.  aku belikan dia pinnafour sebab rasanya sesuailah dengan usia dia.  lagipun dia yang nak pakai skirt.  mungkin di Tahun 3 ke atas nanti baru tukar ke baju kurung.

seperti biasa juga di hari pertama persekolahan memang sesaklah dengan kereta.  sampai kat area sekolah dia memang jem.  aku tengok trafik ada dekat 4, 5 buah nak mengawal lalu lintas.  sampai sekolah melilau cari kelas dia sebab masa orientasi hari tu tumpang kelas lain.  kelas betulnya kat tempat lain.

ni masa dalam kelas.  muka masam campur confuse kot hehe.  tak ada kawan lagi.  lepas cikgu dah masuk kelas kitorang para ibu bapa ni beredar ke kantin untuk menunggu.  kiranya hari pertama ni ibu bapa kena sekolah hehe.  aku dengan En Khairol pergi breakfast dulu kat restoran berdekatan.  ya lah nak menunggu waktu rehat pukul 10 pagi lak.  malas nak makan kat kantin sekolah tu.

lepas breakfast kitorang masuk balik tunggu kat kantin.  masa tu nampaklah cikgu-cikgu Tahun 1 ni bawa murid-murid ni melawat kawasan sekolah.  ajar cara nak beratur dan membeli kat kantin semua.  tepat jam 10 pagi loceng rehat pun berbunyi.  nampak je Qistina terus bawa dia pergi membeli sebab aku cuma bekalkan dia air jer, makanan tak bekal.  aku tak belikanlah, aku cuma ajar dia jer.  fuhhh makanan boleh tahan juga harganya.  dia kata nak makan nasi minyak belilah RM2 sepinggan.  lepas ni rasanya sekali-sekala kena bawa bekallah nampak gayanya.  kalau tengokkan gayanya dia boleh handle sendiri.  so aku tak risau sangat.  cuma minggu ni aku akan datang masa rehat jer nak pantau.

lepas habis waktu rehat, Qistina dah masuk kelas aku dengan En Khairol keluar sekejap ada urusan.  ada banyak juga masa sementara tunggu dia habis sekolah jam 1.30 petang.  kalau dah ada dalam kelas tak risau dah.  dalam 1.30 petang pergi semula ke sekolah.  tengok ibu bapa dah ramai menunggu dah macam pagi juga jem dengan kereta.  sebenarnya tak berapa risau pun sebab cikgu dah kata akan bawa murid-murid ke pintu gate masa balik. 

 lepas ambil Qistina bergegas lak kitorang ke sekolah agama untuk daftar.  kitorang daftar kelas agama kat rumah mertua aku sebab lepas ni abang ipar aku akan ambil anak dia, sepupu Qistina termasuk dia balik sekolah kemudian petangnya hantar ke kelas agama tu.  kalau ikutkan sekolah agama tu tak terima dah sebab dah penuh tapi sebab ustaz kat situ kenal arwah bapa mertua aku terima jugalah.  lepas ni aku cuma hantar Qistina masuk sekolah jer, balik sekolah dengan pergi sekolah agama abang ipar aku akan uruskan.

macam tulah rutin aku untuk tahun 2013 ni tapi bulan 3 nanti lepas aku bersalin mungkin berubah pulak rutinnya.  


Lina

No comments: