seperti yang aku bagitahu dalam entry sebelum ni yang aku mula bercuti pada 23hb. tujuan bercuti sebab menghantar rombongan peminangan anak saudara En Khairol, Muza ke Lenggong, Perak. hai ramai sungguh anak saudara En Khairol yang bertunang ni hehe. hari tu anak saudara perempuan, boleh baca entry INI dan kali ni anak saudara lelaki pula. jauh tu ke Lenggong, aku pun tak pernah sampai situ.
kami pergi dengan 2 buah kereta je yang terdiri daripada mak mertua aku, sorang mak saudara, family abang ipar aku dan satu lagi kereta family aku dengan kakak ipar aku iaitu mak kepada Muza tu lah. kami bertolak dari Kuantan kira-kira jam 2.30 petang lepas semua balik dari sekolah. mula-mula dari Kuantan kami ikut Lebuh Raya Pantai Timur. sampai kat Genting Sempah kami naik ikut Genting Highlands dan turun ikut Batang Kali. ni semua cadangan jalan oleh abang ipar aku yang nak ikut jalan lama. katanya dekat sikit, entah aku pun tak tau tang mana dekatnya. kalau aku kalau nak jalan jauh ni lebih suka ikut lebuh raya sebab jalannya terang dan banyak kemudahan nak berehat.
kemudian sampai Ipoh kami masuk ke bandar Ipoh pulak sebab nak ambil Muza yang naik bas dari KL. memusing jugak nak cari stesen bas. keluar dari Ipoh lega sikit sebab masuk lebuh raya. dari Ipoh kami keluar kat Exit Kuala Kangsar. dari exit nak ke Lenggong pulak adalah dekat sejam. nak tahu kami sampai kat Rest House Lenggong tempat kami menginap kira-kira pukul 2.30 pagi. ya Allah letihnya hanya Allah yang tahu. lepas makan bekalan yang kami bawa terus tidur.
terlupa nak ambil brosur rest house ni, sempat snap gambar ni jer. kami dapat 2 bilik jer sebab dah lewat. boleh tahanlah bilik yang kami dapat.
rest house ni di bawah pengendalian Majlis Daerah Lenggong, so dapatlah sikit diskaun pakai pas keselamatan kerajaan En Khairol.
kira complete jugalah rest house ni sebab ada tempat makan semua. saja ambil gambar labu sayung ni. Perak kan terkenal dengan labu sayungnya.
sempat lagi anak-anak bermain sementara tunggu nak check out.
ini kerja En Khairol lah ni, suruh anak posing gini.
sebenarnya ada 7 barang hantaran yang kami bawa, 1 lagi ada kat rumah pihak perempuan iaitu kek. minta bakal tunang Muza tolong belikan. ye lah puas juga nak menjaga kek kalau bawa dari Kuantan.
Muza bergambar dengan barang-barang hantaran
kami yang perempuan ni pun tak lepas peluang bergambar sebelum bergerak ke rumah pihak perempuan. barang-barang hantaran ni semua digubah oleh my biras, yang duduk sebelah aku tu.
kami bertolak ke rumah pihak perempuan lepas Zohor. check out sekalilah dari rest house tu. dalam perjalanan sempat lagi bergambar kat kereta perisai ni. dari rest house ke rumah pihak perempuan tak jauh pun. dalam 5 minit perjalanan jer.
- bersambung -
Lina
No comments:
Post a Comment