Tuesday, January 8, 2013

Check Up 31 Minggu

malam tadi aku pergi klinik untuk check up bulanan mengandung.  sebenarnya dah lewat 6 hari dari tarikh appointment sebab busy sikit.  malam tadi kena dengan doktor lelaki.  aku sebenarnya segan sikit dengan doktor tu walaupun dah kali ke-2 jumpa dia sebab dia dah haji hehe.  

ok malam tadi hasil check up kandungan aku dah 31 minggu.  air kencing ok, darah ok tak rendah dah macam bulan lepas.  berat pun ok juga.  lepas tu doktor scan tengok kedudukan baby dan saiz.  alhamdulillah kepala baby dah kat bawah sebab bulan lepas dia melintang.  saiz pun memang kena dengan usia kandungan.  berat lebih kurang 1.5 kg.  kemudian aku saja tanya doktor nampak tak baby punya tutttt hehe.  bulan lepas masa scan memang dah nampak tapi saja je nak puaskan hati hehe.  sekali doktor tunjuk wahhh memang jelas sekali.  siap dia print out gambarnya hehe.  so nak cakap apa lagi memang dah confirm lah.  rasa-rasanya kalian dapat agak tak apa jantina baby aku ni hehe.

last sekali aku kena cucuk waaaaaaaaaa.  dah lama tak kena cucuk rasa seriau jer.  pagi ni bangun tidur rasa sengal-sengal kat lengan ni.  itu je lah hasil check up malam tadi.  doktor cuma bagi vitamin je lah sebab dah habis.  so next check up 2 minggu sekali pula.  sebab dah masuk 3rd trimester kan.  bila difikirkan rasa berdebar juga nak tunggu bersalin.  tak lama je lagi ni.  walaupun dah berpengalaman bersalin 2 orang tapi debar tu tetap debar.  moga semuanya berjalan lancar.  yang best nak tunggu cuti sebab kali ni aku nak ambil cuti 90 hari.


Lina

4 comments:

Ayen... said...

klu senang ngat nmpak tu sah2 lelaki kan,hehe...ape pun tahniahlaa,bila tarikhnya?

Lina said...

ayen

haha pandai pun...insyaAllah tarikh jangkaannya 8/3 tp x taulah kan

Ayen... said...

Ayen ni kan,kihkihkih...owh bln 3,lambat lg tu.blh lg g bercuti pulau langkawi ke cameron highland skali lg ke....hahaha

Lina said...

ayen

hehe xde nak bercuti2nya lagi...duit dah standby utk barang baby n bersalin nanti hehe