Friday, January 18, 2013

Bantuan Persekolahan

dapat surat dari pihak sekolah Qistina suruh datang ke sekolah pagi semalam  jam 11.00 pagi untuk mengambil bantuan pelajar.  tertanya-tanya juga bantuan apa?  yang RM100 tu ke?  emmm tak kisahlah bantuan macam mana yang penting kena pergi.  

mula-mula En Khairol cakap nak pergi sekali.  dia akan datang ambil aku kat pejabat.  dalam pukul 10 lebih call dia tak berjawab-jawab.  hantar sms pun tak reply.  akhirnya aku buat keputusan pergi sendiri sebab dah nak dekat pukul 11.00 dah.  aku pergi jalan kaki je sebab dekat kan.

sampai sekolah terus menuju ke kelas Qistina sebab kalau ikut surat ambil bantuan tu di kelas masing-masing.  tak ramai pun lagi ibu bapa yang datang.  tak tunggu lama pun kat situ, bila cikgunya nampak terus dipanggil masuk ke kelas.  tulis apa-apa yang patut terus diberi sampul duit tu.  cikgu suruh tengok cukup ke tak.  kemudian diberi 1 bungkusan goodies yang mengandungi air kotak dan sebuku roti panjang berinti tu.

dah selesai semua barulah En Khairol call.  dia kata hp dia rosak sikit itu yang bila call tak berjawab.  dia kata ada dah kat pejabat aku.  aku bagitahu tak payahlah datang sebab dah selesai.  lagipun member pejabat pun ada, dia ajak balik sekali sebab dia bawa kereta.  aku ok jer.  tak payahlah nak berjalan kaki hehe.


alhamdulillah, bersyukur atas rezekiNya

Lina

2 comments:

Ayen... said...

untunglaa dpt duit... :)

Lina said...

ayen

dah anak aok xkan x dpt