setelah pelbagai cabaran (haha banyaklah sangat cabarannya) dan menunggu dengan sabar akhirnya sampai juga 2 keping tiket konsert Anuar Zain. mula-mula baca pasal konsert tu tak sabar tunggu 12 Disember, tarikh tiket konsert mula dijual. bila dah mula jual buka website Ticketcharge, pihak yang menjual tiket tu, alamak kena pakai kad kredit la pulak. aku ni manalah ada kad kredit, kad debit adalah hehe. kemudian tengok kat list of outlets, Celcom adalah salah satu outletnya. so, aku pun pergilah ke Celcom cawangan Kuantan ni. 2 kali aku pergi tapi pulang dengan hampa. kali pertama pergi, katanya person in charge kerja luar 2, 3 hari. kali kedua pergi pula katanya line slow, suruh tinggal nama, no telefon segala tapi sampai sekarang tak telefon pun. bila call Celcom lagilah menyakitkan hati langsung tak berjawab. bila aku call Ticketcharge dia kata memang boleh beli di Celcom, sudah dimaklumkan kepada pihak Celcom. habis camno tu? puas aku fikir macam mana nak dapatkan tiket ni sampai nak cakap kat En Khairol 'jom pergi KL beli tiket lepas tu baliklah'. haa sampai cam tu sekali.
kemudian barulah terfikir la apasal tak minta tolong dengan cousin aku Huda. so bersms lah dengan dia. mula-mula hampir tak dapat juga sebab dia tak sempat nak pergi ke outlet kat KL. akhirnya dia tolong belikan guna kad kredit dia. fuhhh sukanya hati. dialah yang uruskan segala pembelian. nasib baik pihak Ticketcharge boleh kurierkan. thank you very much Huda, sayang kamu ketat-ketat haha!
bila tengok sampul kurier ni sampai kat atas meja senyum sampai ke telinga.
bila tengok 2 keping tiket tu rasa cam tak percaya hehe. tercapai juga hasrat nak pergi konsert Anuar Zain. harap-harap sempatlah tengok sebab tarikh tu lagi 3 minggu nak due hehe. sebenarnya ini kali kedua aku pergi konsert Anuar Zain masa sarat mengandung. masa aku pergi kat Istana Budaya dulu, masa tu tengah 8 bulan ngandungkan Amsyar. kali ini kena pulak ke adiknya. saja Anuar Zain ni tau hehe.
Lina
3 comments:
anuar zain!!! wah..
zuriey
hehe :)
bestnyer dpt gi
Post a Comment