dari Taman Tasik Taiping terus kami menuju ke tempat makan sotong kangkung tu. tempat makan tu terletak di Pusat Penjaja Taiping. masuk je kat situ berderet gerai yang jual sotong kangkung tu. nampak cantik sebab sotong dan kangkung digantung.
tempat makan ni senang je nak cari. kat tengah bandar Taiping je.
abang ipar aku dengan anaknya tengah sibuk memilih bahan-bahan
aku dengan En Khairol kongsi laicikang
yang lain ramai order ABC Special. mula-mula ingat nak order ni juga tapi banyak sangat rasanya.
inilah rupanya sotong kangkung. kami order 3 pinggan. memang puas makan. harga pun boleh tahan.
tengok gambar ni macam masing-masing berebut-rebut kan hehe.
tengoklah En Khairol, berselera makan hehe.
ok, kami makan di gerai no 13 ni. abang ipar aku yang suggest sebab dulu pun dia makan kat sini juga. kalau kalian nak rasa bolehlah pergi ke gerai ni ya.
lepas dah kenyang makan semua, kami semua bergerak balik ke Kuantan. kami tak terus balik sebab nak singgah ke Raub dulu rumah Mak Ngah. perjalanan balik kali ni lega sikit sebab lalu Lebuh Raya Utara Selatan. kami sampai ke rumah Mak Ngah pukul 3.00 pagi. memang aku flat gila, kaki pun sembab sebab duduk lama dalam kereta. En Khairol pun penat sebab kena selsema.
kami balik Kuantan keesokannya iaitu pada 25hb. kira-kira pukul 3.00 petang kami bertolak dari rumah Mak Ngah. sebelum sampai ke rumah mak mertua aku, kami singgah makan mee kari di gerai kat Batu 12. kami selamat sampai kat rumah mertua aku kira-kira pukul 8.30 malam.
berakhirlah majlis pertunangan merangkap percutian, merangkap jalan-jalan, merangkap makan-makan kami selama 3 hari 2 malam ke Lenggong danTaiping, Perak dan Raub. baliknya family aku kena selsema dan demam terutama En Khairol. lepas ni kalau pergi lagi masa kenduri kahwin kena perjalanan yang lebih relax lagi.
Lina