Monday, December 31, 2012

Hari Orientasi Tahun Satu Qistina



pada 27 Disember lepas aku dan En Khairol telah menghadiri Hari Orientasi Tahun Satu bagi tahun 2013 sekolah Qistina.  kami pilih sekolah ni sebab berdekatan dengan pejabat aku jadi senanglah sikit nak hantar dan ambil dia nanti.  untuk Hari Orientasi ni tak perlu pakai uniform sekolah jadi senanglah sikit sebab pagi tu hujan.

kalau ikutkan aturcara majlis bermula jam 9.00 pagi tapi biasalah mesti lewat juga sikit.  mula-mula ada taklimat kepada ibu bapa di dewan sekolah.  kemudian pembahagian kelas.  sorang sorang dipanggil mengikut kelas masing-masing dan seterusnya dibawa oleh guru kelas untuk sesi suaikenal.  tinggallah ibu bapa kat dewan untuk acara seterusnya.  lepas tu taklimat oleh guru besar, taklimat daripada pihak BSN dan wakil dari klinik pergigian.  habis taklimat dalam pukul 11 pagi, bergegas pulak jumpa guru kelas untuk pembayaran yuran dan isi borang maklumat segala.  lepas tu buka buku akaun BSN dan daftar kelas komputer.  last sekali beli baju sukan.  buku-buku En Khairol dah pergi beli awal-awal masa taklimat kat dewan tadi.

selesai semua dekat pukul 1 lebih juga.  terus En Khairol bawa kitorang pergi makan sebab dah lapar sangat.  tengok Qistina macam ok jer, suka jer.  tak adalah nampak macam takut-takut ke.  jumpa kawan dia masa kat tadika dulu tapi dapat kelas lain.  takpe 2 Januari nanti tengok pulak macam mana keadaan dia hehe.

Lina

Wajah Wanita Yang Menjadi Mangsa Perkosaan Beramai-ramai di India



sumber : aku anak pahang

Nota : Minta maaf gambar di atas terpaksa dikeluarkan kerana tidak pasti sama ada gambar tersebut adalah gambar sebenar mangsa ataupun tidak.  sebelum timbul kekeliruan lebih baik saya remove gambar tersebut.

rasanya ramai yang tahu berita mengenai seorang wanita India yang diperkosa beramai-ramai di India dan mengalami kecederaan yang amat parah.  kemudian mangsa diterbangkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura untuk rawatan lanjut.  walau bagaimanapun mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang sangat parah.

aku sedih sangat bila berita mengenai wanita yang diperkosa tetapi tidak dapat pembelaan yang sewajarnya. peristiwa ini telah membawa rusuhan di India sekarang ini.  alhamdulillah di Malaysia undang-undang memang membela nasib wanita sebegini cuma ada segelintir yang masih berhadapan dengan persepsi masyarakat.  

aku sangat berharap lelaki-lelaki yang terlibat dalam kejadian ini mendapat hukuman yang setimpal dan sewajarnya.

Lina

Durian Crepe



sumber : google

rasa malu lak nak cerita pasal Durian Crepe kat blog aku ni padahal dah berzaman orang bercerita.  yang buat business pun dah untung ribu-ribu kot hehe.  bukan apa masa orang bercerita pasal Durian Crepe ni aku berbelah bahagi nak cuba ke taknak.  sedap ke?  boleh terima ke di tekak aku ni?  last last semalam masa pergi Giant nampaklah Durian Crepe ni dijual kat salah satu kiosk kat situ.  dia jual 2 keping dengan harga RM5.  oklah buat rasa.  so balik rumah aku pun rasalah.  emmm sedap juga rasanya.  cam aiskrim pun ada.  tak rugilah beli hehe.  sebenarnya aku dah ada resepinya tapi nak buatnya entah bila hehe.

Lina

Pelamin Nikah Khairul Fahmi & Liuniey

Photobucket


sumber : beautifulnara

boleh tak taknak tayang gambar kahwin Khairul Fahmi & Liuniey tapi nak tayang gambar pelamin nikah jer hehe.  bukan apa cantiklah pelaminnya, simple jer cuma difokuskan kepada penggayaan bunga jer.


Lina

Saturday, December 29, 2012

Durian Kampung

ini cerita dalam bulan November lepas.  dah abis belaka dah pun buah-buah duriannya.  ini buah durian hasil dari kebun arwah pak mertua aku.  2 kali merasa buahnya.  sekali masa bulan Julai hari tu.  lepas tu berbuah lagi.  memanglah puaslah kalau sesiapa yang suka durian kampung.

buah durian yang dikumpul

tengoklah tu bergayut-gayut lagi kat pokok

satu dahan tu memang banyak buahnya

mak buyung ni pun nak bergambar juga dengan durian

tengoklah pokoknya memang besar, mak mertua aku kata ni durian saka

cehhh konon-konon mengumpul durian

haha kebetulan masa tengah kumpul tu ada sebiji durian gugur, nasib baik tak kena aku

En Khairol pun nak juga bergambar

kebun nilah antara peninggalan arwah pak mertua aku untuk anak dan cucu-cicitnya.  cukuplah kalau nak makan durian, tak payah berbeli.  aku masa pregnant ni memang puas sungguhlah makan durian sampai sakit tekak bagai.  last-last nanti anak aku tak minat durian.  macam Qistina dengan Amsyar, masa ngandungkan diorang memang selak makan durian, end up dua-dua tak suka durian.  habis nak buat camno?


Lina

Friday, December 28, 2012

Bukit Gambang Resort City

baru-baru ni masa cuti panjang hingga Cuti Krismas, aku sekeluarga berkesempatan bercuti di Bukit Gambang Resort City.  aku pergi bersama family mertua.  alah bukan bercuti sangatpun sebab kebetulan kakak ipar aku yang kerja Maybank tu dapat 1 bilik kat Carribean Bay so dia ajaklah ramai-ramai.  disebabkan check in masa weekday aku dengan En Khairol ambil cuti sehari pada hari Jumaat.  masing-masing yang lain termasuk anak-anak aku dah check in dulu petang Khamis tu.  aku dengan En Khairol dengan abang dia pergi lepas habis kerja.

kebetulan juga jiran Cina kat rumah aku ada bagi voucher diskaun 3 keping hari tu.  1 voucher boleh beli tiket untuk 6 orang.  apa lagi gunalah sebab banyak juga jimatnya lagipun tarikh akhir guna 31 Disember 2012.

pagi hari Jumaat.  masing-masing dah excited nak pergi waterpark.  

di hadapan waterpark

3 orang sepupu

bergambar kat jalan masuk

masing-masing dah excited sangat ni

Qistina kalau dah jumpa air dah tak ingat apa dah




sampai ke sudah Amsyar taknak main kat kolam yang ada mulut ikan ni.  tak taulah sama ada dia takut tengok gigi ikan ke atau sebab kuat sangat air yang mencurah daripada mulut ikan tu.

dah puas main air lapar pulak


sebelum keluar bergambar lagi

konon-konon eksyen pilih baju hehe

bergambar sekeluarga buat kenangan

sedang elok kami semua habis mandi dalam tengahari terus hujan turun dengan lebatnya.  apa lagi kemas-kemaslah untuk balik.  rasanya inilah penutup jalan-jalan aku untuk tahun 2012 ni.  lepas ni sibuk dengan Qistina nak masuk Tahun 1 pulak.  nanti aku cerita pasal hari orientasi dia lak.


Lina

Thursday, December 27, 2012

Endau Beach Resort, Rompin - Part 3

hari kedua tu kami bangun awal sikit sebab anak-anak sibuk nak mandi pool lagi sebelum balik.  dah puas mandi semua kami pun kemas-kemaslah nak check out.  sebelum balik kami bergambarlah dulu sebagai kenangan.





berakhirlah percutian selama 2 hari 1 malam.  sebenarnya percutian ni untuk anak-anak jer sebab nak ganti balik kesibukan kami masa SUKMA tu.  at least diorang puas hati oklah.  lepas check out tu kami tak pergi mana pun.  singgah jap beli ikan masin kat area situ, lepas tu singgah makan jap kat bandar Rompin kemudian terus jer balik ke Kuantan.


Lina

Endau Beach Resort, Rompin - Part 2

lepas dah penat-penat mandi kat pool, laparlah pulak.  so kami pergilah makan kat gerai depan resort tu.  dekat jer, keluar pagar sampai dah.  ada restoran dalam chalet tu tapi ye lah orang tak ada tak bukalah kot.  disebabkan ada 1 gerai jer kat situ kami memang tak ada pilihanlah.  malas nak naik kereta ke bandar.   lagipun kami makan yang ringkas-ringkas jer.  aku order mee goreng.  anak-anak lak orderkan nugget dengan french fries.  oklah buat alas perut petang tu.  

pemandangan di tepi pantai.  resort ni terletak kat teluk.  aku pun tak ingat apa nama teluknya hehe tapi cantiklah pemandangannya.

muka ceria sebab dah dapat mandi pool

budak ni pun sama hehe


kami nampak ada kelong kat tengah-tengah laut tu.  En Khairol kata nanti-nanti kalau ada masa nak pergi kelong tu pulak.

bot-bot nelayan banyak kat sini

jeti yang berdekatan

cuaca agak mendung tapi tak hujan pun


lepas makan semua kami jalan-jalan kat jeti berdekatan.  terserempak lak ada nelayan tu bawa lobster.  ada 2 ekor, besar lak tu


bestnya lah panggang kan.  kami tanya berapa harganya kalau nak beli terus, ya Allah murah ya amat, RM50 jer tapi tak ada rezeki kami sebab yang ni dah ada orang booking.  kalau dah masuk restoran kan beratus harganya huhu.

En Khairol pun tak lepas peluang nak bergambar dengan lobster tu

dari jeti tu dah tak ke mana dah, terus balik ke chalet berehat.  malamnya makan lagi kat gerai depan resort. ada ikan bakar semua.  oklah kenyanglah juga.  kalau sesiapa yang kaki memancing memang eloklah datang kat situ sebab tempatnya taklah sibuk sangat.

- bersambung -

Lina

Wednesday, December 26, 2012

Endau Beach Resort, Rompin - Part 1

inilah dia percutian 2 hari 1 malam yang aku pergi dalam bulan Julai lepas.  percutian singkat ni kami rancang sebab nak memuaskan hati anak-anak disebabkan aku dengan En Khairol sibuk sangat masa SUKMA di Pahang tu.  kami taknaklah pergi jauh-jauh sangat sebab tu kena banyaklah pulak planningnya so kami decide pergi area Rompin jer.  decide punya decide Endau Beach Resort pilihan kami.  itupun hasil dari carian google hehe.  yang lagi best kami 1 keluarga je menginap kat situ masa tu.  pihak pengurusan cakap kalau hujung minggu ramailah orang.  masa aku pergi tu weekday.  check in hari Khamis, check out hari Jumaat.  hari Sabtu esoknya awal Ramadan.

inilah rupa chalet yang terdapat kat situ.  kawasan chalet ni lereng bukit.  banyak lagi chalet-chalet kat atas tu.  nasib baik dapat yang kat bawah kalau tidak jenuh nak naik tangga ke atas.  chalet kami ni RM150 semalaman.


ruang dalam chalet.  1 double bed dan 1 single bed.  Qistina tengah melepek sebab sakit perut.

pemandangan swimming pool dari chalet kami

 sekejap jer Qistina sakit perut sebab dah nampak pool tak sabar-sabar dah





 hai anak-anak kalau nampak pool tak ingat dunia.  Amsyar mula-mula main kat pool budak-budak tapi bila tengok Qistina main kat pool dewasa nak ikut juga.  kenalah ayahnya guide.

- bersambung -

Lina