Friday, November 30, 2012

Tak Ada Mood

entah kenapa rasa down sangat 2, 3 hari ni.  rasa keseorangan sangat.  En Khairol dah outstation dari hari Selasa hari tu.  lepas tu malam tadi mak mertua, abang ipar dan isterinya ke Raub sebab menziarah Tok yang meninggal dunia.  sekarang ni tinggal aku, anak-anak dan anak-anak saudara kat rumah mertua aku.  dahlah keadaan aku yang tengah pregnant ni, kesihatan dan mood tak menentu.  malam tadi masa tidur nangis sorang-sorang.  bukanlah tak meriah dengan anak-anak saudara semua tu tapi yalah kita ni dah level isteri dan ibu ni lain.  manja sangat ke aku? Ya Allah, kuatkanlah semangat aku.


Lina

Monday, November 26, 2012

The Last of The Twilight Saga - Breaking Dawn Part 2

sumber : google



seperti yang ditunggu-tunggu, hari Jumaat lepas dapatlah aku pergi menonton sequel terakhir The Twilight Saga - Breaking Dawn Part 2.  ajak sekali 2 orang anak saudara En Khairol.  kami keluar rumah lepas maghrib terus menuju ke Berjaya Megamall nak menonton di GSC.  beli tiket on the spot je tengok pukul 9.00 malam.  sebelum tu pergi isi perut dulu kat Rasamas.

emmm nak cerita macam mana ye sequel akhir ni.  permulaan cerita memang menarik sebab menunjukkan kehidupan Bella yang baru sebagai pontianak.  mata yang merah, kekuatan baru yang Bella dapat yang begitu  hebat.  lepas tu adegan 18SX yang daring giler.  kalau tonton kat internet agaknya lagi daring kot hehe.  kemudian slow slow tunjukkan Renesmee yang masih baby.  

1 jam pertama semuanya biasa jer, kemuncak adalah masa pertemuan keluarga Cullen dan kenalan mereka dengan puak Volturi.  kat sinilah ada sedikit ketidakpuasan di hati.  kalau cerita nanti spoil pulak pada yang tak tengok lagi.  tak apalah kalian tontonlah sendiri.

yang aku suka adegan last iaitu masa Bella tunjuk ke Edward kenangan mereka masa mula-mula berkenalan sampailah Bella bertukar menjadi pontianak.  masa tu touching sangat sebab aku kan mengikuti filem Twilight daripada mula rasa macam terbawa-bawa sekali.  pulak tu background lagu A Thousand Years memang kenalah.

berakhirlah sudah saga Twilight tu.  emmm tahun depan tak adalah tertunggu-tunggu lagi.  lepas ni tunggu DVD dia dan cari novelnya pulalah hehe.


Lina

Friday, November 23, 2012

Dapat Anak Saudara Baru!

alhamdulillah, my youngest sister dah selamat melahirkan anak sulungnya, baby boy pada 21 November 2012.  sebetulnya kelahiran tersebut awal sedikit daripada jangkaan tapi tak apalah asalkan semuanya selamat.  untuk family belah aku, ini cucu yang ke-18, buat family belah suami adik aku ini cucu yang sulung, mesti jadi kesayangan ni nanti.

jadi tahniah kepada mummy and daddy baru.  selamat datang ke alam ibu bapa yang penuh kegembiraan dan cabaran.

Izz Aryan Farhan


Lina

Video Clip Ajari Aku - Anuar Zain



sejak Anuar Zain buat pengakuan yang dia suka wanita macam Nora Danish, minggu ni asyik baca berita pasal tu jer.  hebat betul ek penangan Anuar Zain sebab selama ni kan memang dia berahsia sangat pasal hal peribadi semua ni.  kemudian video clip Ajari aku pula ada Nora Danish lagilah havoc hehe.  seriously memang sweet sangat video clip tu.   nanti ada sambungan lagi tau video tu tak sabar nak tunggu.



Lina

Tuesday, November 20, 2012

The Twilight Saga - Breaking Dawn Part 2



akhirnya filem yang aku tunggu-tunggu tiba jua.  sequel terakhir Twilight yang akan ditayangkan di Malaysia pada 22 November ni.

Sinopsis :-

Bella is enjoying her new life and new powers, after the birth of their daughter, Renesmee. Soon, however, their family bliss is threatened again, by a new menace. Vampire Irina believes a child like Renesmee could challenge the power and existence of the Volturi. As Irina rallies the Volturi to destroy this potential threat, Bella and the Cullens - together with any allies they can assemble - are preparing to fight a crucial, ultimate battle, to protect their family.











Lina

Anuar Zain - Antara Nora Danish dan Konsert


pix_gal0

Jarang sekali kita dengar Anuar Zain bercerita soal hati dan perasaan. Setiap kali diajukan persoalan mengenai wanita pilihan, jawapan diterima cukup klise. 

Namun, pengakuan dibuat penyanyi popular ini pada majlis pelancaran video muzik Ajari Aku di Solaris Dutamas, semalam, mengejutkan media yang hadir. 
Tanpa berselindung, Anuar, 42, mengakui meminati Nora Danish. Malah jika ditakdirkan dia bercinta dengan pelakon itu, dia tidak akan menolaknya.


“Memang Nora menepati cita rasa wanita idaman saya. Kalau ada teman wanita pun, saya akan cari seperti dia. Saya suka lihat wajahnya dan menyenangi karakternya yang feminin serta manja,” dedah penyanyi Ketulusan Hati ini. 

Turut hadir, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Loan Cheong, dan pengarah muzik video terbabit, Ghaz Abu Bakar. 

Rahsia ini didedahkannya ketika menjawab pertanyaan media mengenai pemilihan Nora membintangi muzik video terbarunya itu. 

Walaupun meminati aktres putih melepak itu, tegas Anuar, mereka bersikap profesional ketika bekerja. 
“Sampai saja di set, kami jalankan tugas masing-masing. Selepas selesai semua tugasan, kami balik rumah. Kami berbual pun mengenai kerja,” jelasnya sekali gus menepis dakwaan kononnya mereka beberapa kali keluar bersama selepas penggambaran berakhir. 

Memandangkan status kedua-duanya solo, Anuar turut diusik pertanyaan tidakkah dia teringin menjalinkan hubungan dengan pelakon berdarah kacukan Melayu-Myanmar itu? Sambil tertawa Anuar menjelaskan, buat masa ini dia lebih selesa bersendirian. Dia juga lebih senang membiarkan hubungan dengan Nora kekal sebagai kawan. 

Menerusi klip video cukup menyentuh perasaan itu, Nora berlakon sebagai isteri Anuar. Ia turut menampilkan Datuk Rahim Razali. 

Dalam perkembangan lain, penantian Anuar untuk mengadakan konsert solo berskala mega berakhir dengan kemunculan konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari. Bakal diadakan pada 16 Februari 2013, sehari selepas sambutan ulang tahunnya, 

“Sesuai sambutan 30 tahun saya dalam dunia seni, banyak perkara menarik akan diketengahkan dalam konsert ini. Antaranya, perubahan dari segi susunan muzik. 

“Saya sudah memilih lagu yang bakal dinyanyikan dan semuanya lagu popular saya sejak mula menjadi penyanyi. Selain itu, konsert ini juga akan menggunakan skrin LED,” katanya. 

Anuar juga tidak akan menampilkan penyanyi undangan atau paduan suara pada konsert itu. Mengenai penajaan, Anuar berkata, perkara itu masih lagi diusahakan. 

“Konsert ini anjuran syarikat saya, Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Universal Music. Buat masa ini kos penganjuran ditanggung bersama. 

Kami belum dapat kos sebenar, tapi jumlahnya memang tinggi kerana kami mahu menyajikan yang terbaik buat peminat. Bagaimanapun, usaha mendapatkan penajaan berterusan,” jelasnya yang kali akhir mengadakan konsert solo pada 2009, di Istana Budaya. 


INFO KONSERT

Tarikh : 16 Februari 2013

Lokasi : Stadium Putra Bukit Jalil

Masa : 8.30 malam

Ejen Tiket : www.ticketcharge.com.my (tiket mula dijual pada 12 Disember 2012)

sumber : Berita Harian

Nota : tanda kalendar cepat-cepat! harus pergi ni.

Lina

Monday, November 19, 2012

Al-Fatihah Buat Bapa Mertuaku

minggu lepas adalah minggu yang amat memenatkan dan menyedihkan buat keluarga mertuaku.  tidak pernah menyangka akan diberi dugaan yang maha hebat.  orang lain mungkin bercuti sakan sebab banyak cuti tersepit kan tapi aku bercuti disebabkan kematian.  sebelum itu, sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah bapa mertuaku yang telah meninggal dunia pada 14 November 2012, sehari sebelum kita menyambut Awal Muharram.

kisahnya begini.  tengah hari Isnin, 12 November aku terima panggilan daripada En Khairol yang kebetulan bercuti meminta aku pulang segera ke rumah mertua aku.  kebetulan pagi tersebut En Khairol yang menghantar aku jadi kenalah minta tolong kenalan di pejabat untuk hantar ke rumah.  daripada panggilan tersebut aku cuma diberitahu ayah mertua aku sesak nafas dan tidak sedarkan diri.

sampai di rumah mertua, ambulans dah ada di hadapan rumah.  aku masuk ke dalam dan HA tengah memulihkan bapa mertua aku.  masa tu aku lihat arwah dah sedar.  HA memaklumkan yang arwah perlu dibawa ke hospital juga untuk rawatan lanjut.  aku dengan En Khairol pun ikutlah sekali ke hospital.  sampai di hospital arwah dimasukkan ke wad kecemasan untuk pemerhatian lanjut.  masa di wad tersebut arwah dah sedar dan dimasukkan air.

selepas 2 kali x-ray, doktor memutuskan untuk membuat pembedahan kerana perutnya kembung dan keras dikhuatiri ususnya terbelit.  arwah juga ada mengatakan yang perutnya sakit.  arwah sendiri yang bersetuju dan menandatangani borang persetujuan untuk dibedah.  sebelum dibawa ke wad sebelum ke OT tu sempatlah kami semua bercakap dan mohon maaf semua.  ya lah kita tak tahu kan apa yang akan terjadi nanti.

kira-kira pukul 11 malam arwah dimasukkan ke OT.  masa tu cuma arwah seorang yang dibedah jadi cuma ahli keluarga kami je lah yang berada di ruang menunggu.  selepas 2 jam dibedah doktor keluar untuk berjumpa keluarga dan menjelaskan bahawa ususnya normal tetapi ada pendarahan di bahagian bawah usus yang tidak diketahui daripada mana puncanya.  jadi doktor menjelaskan pembedahan mungkin mengambil masa yang lama dan meminta kami berdoa semoga semuanya selamat.  kira-kira pukul 5 pagi, doktor panggil sekali lagi kami semua dan memaklumkan yang pembedahan sudah selesai.  hasilnya doktor memaklumkan pembuluh darah utamanya pecah dan itu yang menyebabkan pendarahan tersebut.  apa yang dibuat doktor telah memotong bahagian yang pecah dan menyambungnya semula.  doktor turut meminta kami semua berdoa dan  redha dengan segala kemungkinan yang akan berlaku selepas ini.

kira-kira pukul 6 pagi arwah keluar dari OT dan dihantar terus ke wad ICU.  dalam masa 24 jam ini arwah akan dipantau kestabilannya.  hari Selasa, 13 November sempatlah kami bergilir-gilir melawat dan memberitahu semua saudara-mara dan sahabat handai.  ayah dan mak aku pun sempat juga menziarah.  masa hari tersebut tahap kesihatannya agak stabil dan nampak positif.

pagi hari Rabu 14 November, kira-kira pukul 8 pagi kami terima panggilan daripada hospital meminta segera ke sana kerana arwah agak tenat.  kami semua memang terkejutlah sebab semalamnya nampak positif kan.  sampai di sana kami bergilir-gilir masuk, baca surah Yaasin semua.  doktor jelaskan pagi ni kesihatannya agak merosot, ubat yang dimasuk pun dah tak diterima.  pengaliran darah juga lambat.  kira-kira jam 9.15 pagi arwah meninggal dunia.  alhamdulillah semua anak-anak, menantu sempat tengok cuma ada beberapa orang cucu arwah tak dapatlah sebab peraturan hospital kan.

alhamdulillah arwah selamat dikebumikan selepas Zohor.  segala-gala yang berlaku amat pantas dan mengejut.  semua saudara-mara dan kenalan arwah pun terkejut sebab bukannya lama sakit.  dalam 3 hari tulah semuanya berlaku.  aku simpati pada mak mertua akulah.  selama ni ke mana-mana diorang berdua je.  En Khairol pun sedih sangat-sangat sebab dia yang bongsu terasa jugalah.  aku pun walaupun hanya menantu dan sempat bersama arwah kira-kira 7 tahun tapi arwah adalah seorang bapa mertua yang sangat-sangat baik.  macam bapa sendiri aku rasa.  yang paling aku terasa bagi pihak anak-anak akulah sebab selama ni mertua aku yang jaga masa aku bekerja.  Amsyar kalau nak susu memang dia minta pada arwah.  harap-harap nanti taklah demam rindukan arwah.  

gambar arwah semasa Amsyar berusia 4 bulan

semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  al-Fatihah.


Lina

Thursday, November 15, 2012

Hello Kitty Giveaway

~ STICKY POST ~
(untuk entry terkini sila scroll ke bawah)

berblogging ke blog mummy ayu ada buat giveaway lar pulak sempena birthday anak daranya, iris.  lama tak join giveaway, cubalah nasib hehe.

cara-cara nak join:~
senang & simple jer..
1. terbuka kepada semua follower MummyAyu.blogspot
2. tak perlu buat entry apa2 pun..
just..tinggalkan nama anak2....anak sedara...adik kat komen box entry nie
tapi...mesti la 8 tahun ke bawah sahaja sbb hadiahnya untuk kanak2..
kalau ada 2,3 orang anak (yg bawah 8 tahun..) letak 3 nama
3. pas tu..
siap
4. giveaway nie akan berlangsung dr 1 - 15 november 2012
tepat jam 12 tengahari 15 nov tu..giveaway nie..tamat...
~~~
senang kan??? JOMLAH JOIN RAMAI-RAMAI!


Lina

Monday, November 12, 2012

Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)


jalan-jalan lagi, jumpa lagi satu giveaway.  tengok kepada hadiahnya agak lumayan.  giveaway ni pun sempena birthday tuan punya blog, Encik Eqbal Zack yang ke 38  pada 12 November.  muda lagi tu hehe.  sebelum kita tengok syarat-syaratnya, kita tengok dulu hadiah-hadiahnya sebagai pembakar semangat hehe.

PRIZES

 TWO[2] winners 
Him/her will receive a Black Wallet and Red Purse by Alain Delon (Original)


FOUR [4] winners

It’s the original miniature from DKNY and RALPH LAUREN!
Join now, because FOUR [4] of you (him/her) will win a bottle!


TEN [10] winners

TEN [10] PARTICIPANTS will receive Eqbal Zack (EZ) Limited Editon Fridge Magnet

syarat-syaratnya pula seperti berikut:-

RULES 
Please read carefully, as I reserve the right to disqualify any incomplete entries. 
1. Be a follower of www.eqbalzack.com
2. Write a simple blog post (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris) about this giveaway. You can copy and   
    paste your entry from here. The title of your entry will be: "Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)"
3. Come back here and leave the permalink (URL) in the **comment box.
4. Send me an awesome “Birthday Wish” (Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris) via CONTACT FORM.
    It is better to use a CONTACT FORM for this purpose to avoid plagiarism. I will pick the BEST   
    wishes!
5. This giveaway runs from today until 12 November 2012 (11:59PM).
6. Winners will be announced on the 19 November 2012 (10:00 AM).

rasanya macam dah terlewat menghantar penyertaan.  tak apalah kalau ada rezeki adalah.  kalau tak ada rezeki nak buat macam mana kan.  apa pun SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN BUAT EQBAL ZACK.

Lina

Friday, November 9, 2012

Hari Anekaragam & Penyampaian Sijil

hari Sabtu lepas, kami anak-beranak lepak-lepak kat Hotel MS Garden.  ni bukan sebarang lepak, lepak sebab nak meraikan tamatnya pengajian tadika Qistina.  kelasss ko buat kat hotel, tempatnya kelasss duitnya pun kelassss jugaklah hehe.  

sebelum ke hotel, kami singgah kenduri kahwin kenalan En Khairol dulu.  isi perut dulu ya lah kat hotel nanti dah tentu-tentu habis program baru boleh makan.  kalau ikut program, acara start pukul 2.00 petang tapi biasalah ada juga yang tak menepati masa.  

kali ni Qistina masuk 2 persembahan, tarian banghra dan tarian 60an.  kalau tahun lepas 1 persembahan je dia masuk.  tahun ni pun persembahan tak banyak ada 5 je berbanding tahun lepas.

ok, silalah layan gambar-gambar di bawah.

backdrop di pentas

 2 beradik ni bergambar kat atas pentas

kad jemputan

 suasana dalam dewan semasa menunggu acara bermula

 di bilik persalinan untuk persembahan pertama

Pengetua ketiga-tiga tadika sedang memberikan ucapan alu-aluan

ini persembahan pertama Qistina, Tarian Bhangra

Amsyar sekarang ni kalau tak kena je sikit mulalah merajuk

persembahan kedua, tarian 60an

penyampaian sijil

 En Khairol suruh bergambar dulu sebelum turun pentas

ini barisan cikgu-cikgu di ketiga-tiga tadika.  yang peluk Qistina tu cikgu dia.

 seorang lagi cikgu Qistina yang peluk dia tu

 sebelum balik bergambar dengan kawan-kawan

berakhirlah alam tadika buat Qistina.  tahun depan masuk Darjah 1.  tak tahulah macam mana nanti.  harap-harap dia boleh sesuaikan diri dengan alam persekolahan pula.

Lina

Thursday, November 8, 2012

Mereka Berdua Memang Comel!

nak berkongsi gambar-gambar pengantin baru, Farid Kamil dan Diana Danielle yang diambil oleh Annas Easkey.  sangat-sangat comel!  









sumber : beautifulnara

semoga perkahwinan mereka berdua berkekalan hingga ke akhir hayat

Lina

Wednesday, November 7, 2012

Lagenda Budak Setan 2 - Katerina

oh malam tadi tertengok sedutan filem Lagenda Budak Setan 2 - Katerina di Astro.  Nampak macam best.  Lakonan Farid Kamil, Maya Karin dan Bront Palare pun mantap sesangat.  rasa macam nak pergi tengoklah pulak nanti.  sama-samalah kita tunggu tayangannya pada 29 November nanti.



Lina

Friday, November 2, 2012

Bila En Khairol Outstation

semalam En Khairol outstation ke Penang.  pergi semalaman saja, hari ni bertolak balik ke Kuantan.  petang semalam bila sampai kat rumah, Amsyar masuk je rumah je terus panggil-panggil ayahnya.  dia ingat ayahnya ada di rumah sebab kereta sebuah lagi ada, motor pun ada, dah tentu-tentu ayahnya ada.  habis dia masuk bilik keluar bilik panggil ayahnya, ingatkan ayahnya menyorok.  nak ketawa pun ada, nak nangis pun ada huhu.  nasib baik ayahnya pergi semalaman.  nanti hujung bulan November ni outstation lagi, seminggu pulak, camne la nanti huhu.


Lina

Thursday, November 1, 2012

Musim Tengkujuh Dah Tiba Ke?

gambar : google

kat Kuantan sekarang ni...dari Subuh bawa ke pagi mesti hujan.  cuaca mendung je.  agaknya musim tengkujuh dah beransur tiba.  biasalah bila hujan pagi-pagi ni segala pergerakan jadi slow huhu.  walau apa pun bersyukur kerana masih dapat merasai nikmat hujan.

Lina