Thursday, September 27, 2012

Sudah 16 Minggu!

salam sejahtera semua!

lamanya tak menitipkan cerita di blog kesayangan ni.  rasanya dah dekat 3 bulan tak update apa-apa.  cerita pasal puasa dan raya pun tak ada.  teruk sungguh tuan punya blog ni hehe.

apapun bukan disengajakan untuk tidak berkongsi cerita tetapi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan chewahhh.  kalau baca tajuk di atas mesti ada yang dah dapat agak ataupun mungkin ada yang blur, apa yang 16 minggu tu?

sebenarnya... nak buka cerita ni, aku bakal menerima anggota baru dalam keluarga aku.  yes! i'm pregnant!  setakat tarikh semalam, kandungan sudah berusia 16 minggu.  jadi, dapat agaklah kan kenapa blog ni dah lama tak berusik. 

di awal-awal trimester pertama, aku mengalami alahan yang agak teruk.  lebih-lebih lagi kena pula bulan puasa lagilah lembik.  hajat nak berpuasa penuh tahun ni tinggal hajat jelah.  banyak juga nak kena ganti.  hari raya pun disambut macam tak raya tapi gagahkan jugalah demi anak-anak.  pula tu tahun ni beraya di kampung belah suami di Raub, menempuh perjalanan yang jauh menambah lagi ketidaksihatan diri.

walau bagaimanapun sekarang ni alhamdulillah, alahan dah beransur hilang.  badan pun dah semakin bertenaga. 

makin teruja pula nak sambut orang baru.  ye lah Amsyar pun dah 3 tahun, sesuai sangatlah kalau nak tambah kan.  tak kisahlah kali ni baby lelaki atau perempuan asalkan sihat.  kalau ikutkan si Qistina, dia nak baby perempuan sebab nak jadikan kawan main pondok-pondok hehe.  kesian lak kat dia tapi nak buat camno, manalah mamanya tau nak buat baby tu jadi lelaki ke perempuan hehe.

ok, setakat inilah sedikit cerita daripada aku.  lepas ni aku akan cuba update sekerap yang mungkin mengikut tahap kerajinan diri hehe.  jumpa lagi!

 
Lina