Thursday, May 31, 2012

Peluang

peluang selalunya tiba sekali sahaja.  semasa itulah harus membuat keputusan yang tepat untuk merebut peluang tersebut atau membiarkannya terlepas begitu sahaja.

seperti teman yang seorang ini telah terbentang peluang di depan mata tetapi dia perlu membuat pilihan dan keputusan sama ada nak mengambil peluang tersebut atau masih di takuk lama.  memang dalam dilema dibuatnya kerana keputusan yang dibuatnya nanti sedikit sebanyak akan mengubah sedikit rentak hidupnya. 

apa pun apa sahaja peluang, pilihan yang kita ada mesti ada risiko, pro dan kontranya.  hendak tak hendak kita kena juga hadapi sebab itu jalan yang kita pilih.  bagi aku, peluang yang teman itu dapat sebenarnya peluang yang amat dihajati oleh ibu-ibu yang berkerjaya.  peluang yang memungkinkan masa yang fleksibel bagi rumahtangga, anak-anak dan pada masa yang sama masih mempunyai pendapatan.  cuma mungkin untuk jangka masa panjang berisiko sikit tetapi kalau tak ada sedikit cabaran tak best kan?

yang pasti Allah SWT dah menetapkan rezeki untuk setiap manusia di dunia ini.  mungkin itu rezeki yang ditetapkan siapa tahu kan?  siapa kita nak menidakkan kuasaNya?

buat teman tersebut, kamu sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk diri kamu kerana yang melaluinya nanti adalah kamu, bukan orang lain.  fikir masak-masak, mohon petunjukNya dan saya  tahu kamu boleh buat keputusan yang tepat.  apa sahaja keputusan yang dibuat saya tetap akan menyokong :-).


Lina

Ku Seru

aku sebenarnya ada banyak cerita nak tulis di sini tapi menunggu seru tiba :-)  tak tahu kenapa terasa malas sangat nak update blog sekarang ni.  dah macam mana nak jadi seorang blogger ni?  emmm...nampaknya kena terapi minda ni huhu.  pelan-pelan okay.



Lina

Wednesday, May 30, 2012

Tomok Dapat Anak Lelaki



hehe ala comelnya anak tomok ni.  geram ya amat tengok pipinya tu huhu.  isteri tomok, ayu selamat melahirkan anak lelaki mereka ni pada hari semalam jam 6.30 petang dengan berat 3.33 kg.  tahniah diucapkan kepada mereka.

sumber : http://www.meow.my/gambar-anak-tomok-yang-comel-tahniah-tomok.html

Lina

CUEPACS Minta Kaji Gaji Pembantu Tadbir



KUALA LUMPUR: CUEPACS mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula selain membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42.

Cadangan itu bagi membolehkan kenaikan kerjaya dan pangkat lebih luas kepada 80,000 pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan. CUEPACS juga mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kepada pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bagi melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yang melicinkan urusan pentadbiran. Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan sistem saraan baru perjawatan awam yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Katanya, kajian gred kelompok kakitangan kerajaan itu perlu dilakukan sejajar perubahan tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat.

“Cadangan sebenar (gred minimum) dibincang pada 12 hingga 14 Jun ini dalam bengkel semakan skim gred gaji penjawat awam anjuran CUEPACS di Muar, Johor.

“Cadangan dibawa kepada suruhanjaya yang akan diumumkan Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-16 Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan (KEPTAN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Omar berkata, kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yang kini dibayar RM926.60 sebulan.

“Gred (minimum) jawatan jururawat juga U19, jadi (gred bagi jawatan) pembantu tadbir kerajaan juga perlu dikaji semula,” katanya.

Katanya, kenaikan gred bersepadu memberi mereka peluang kenaikan pangkat gred bersepadu yang mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kepada organisasi tanpa perlu merujuk kepada kelulusan akademik.

“Maknanya (bagi gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua boleh dapat gred ini, hanya mereka yang layak,” katanya.

sumber : Berita Harian

Nota : bagi aku ada pro dan kontranya berkenaan hal ini.  kalau untuk peluang kenaikan pangkat sehingga ke tahap N42 tu aku setuju sangatlah sebab kelayakan untuk Pembantu Tadbir ni cuma SPM.  jadi itu adalah peluang mereka untuk meningkatkan lagi tahap kemampuan mereka. kita tengoklah nanti apa hasil kajiannya.
Lina