Tuesday, April 24, 2012

Giveaway Herba Tihara



jalan-jalan ke blog http://www.munnafendy.com/ baca entry pasal giveaway ni.  tengok tarikh tutupnya hari ni 24hb so cepat-cepat join hehe.  senangnya je nak join syarat-syaratnya seperti di bawah:-

-mestilah follower blog ini


-beralamat di Malaysia
-buat entry simple bertajuk  Giveaway Herba Tihara
-copy banner GA dan linkback ke entry ini
-tinggalkan url entry di kotak komen.

hadiah-hadiahnya pula adalah seperti di bawah:-

 Hadiah-hadiah untuk 9 orang pemenang:

1. handphone casing strawberry
2. 1 sticky post review blog 48 jam
3. 1 sachet wangian teh hijau
4. 1 sachet wangian lavender
5. 1 keychain strawberry
6. 1 crochet card 
7. 3 blog pilihan entry

Pemenang akan dipilih menggunakan random.org
CLOSING DATE: 24 APRIL 2012 (SELASA)


so kalau ada sesiapa nak join sempat lagi ni rasanya.

Lina

Tuesday, April 3, 2012

Dinner Puspanita Cawangan Negeri Pahang


baru-baru ini telah diadakan satu Jamuan Malam Puspanita sempena dengan Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Negeri Pahang.  Jamuan Malam yang bertemakan Arabian Night tersebut telah menggamit ramai ahli Puspanita untuk turut hadir, termasuklah aku :-).  gigih ok cari baju untuk menepati tema hehe.


di meja pendaftaran

di dalam dewan, walaupun rimas tapi pakai jugalah kain penutup hidung, nak menepati temalah katakan haha

bersama sahabat sekereta ;-)

bersama rakan sepejabat yang sama-sama hadir

sebelum balik sempat lagi bergambar

bergambar lagi...ohhh aku nampak sungguh rendang di situ huhuhu

hasil daripada mix and match aku untuk malam tersebut.  perbelanjaan kostum untuk malam tersebut seperti di bawah:-

blouse putih - RM19.90 beli di Kamdar sajork

seluar hijau ala Aladdin - RM25.00 beli di Hatyai (kebetulan)

hiasan kepala - sewa RM15.00


rantai labuh - RM15.00 (mulanya beli untuk hiasan kepala)


hiasan pinggang - pinjam 

tudung hitam tiada awning - koleksi sendiri

kasut - koleksi sendiri

kain penutup hidung - diberi oleh sahabat

gelang - pinjam

jam tangan - koleksi sendiri

makeup - sendiri berpandukan youtube

JUMLAH = RM74.90

kalau diikutkan aku nak sewa jer kostum arab ni tapi sewanya mencecah RM100 untuk baju saja tidak termasuk aksesori.  jadi aku rasa baik aku beli saja, ala kalau kita kreatif semuanya boleh jadi.  walaupun tak adalah macam arab tapi ada jugalah ala-ala arabian kan.  lebih kepada Arab moden hehe.  harap-harap dapat dijadikan panduan untuk kalau ada yang tercari-cari untuk tema Arabian ni.

Lina