Tuesday, March 27, 2012

65 Blog Pilihan InTrend Mac 2012

majalah InTrend bulan Mac 2012 telah memilih 65 buah blog lagi bagi meraikan para penggiat media sosial baru.  pemilihan ini dibuat mengikut 6 kategori seperti di bawah:-

FESYENISTA












HIJABNISTA












SANTAPAN












USAHAWAN











SI CILIK MANJA












MAHLIGAI CINTA













ANUGERAH KHAS JURI







daripada semua blog-blog di atas, cuma 4 blog saja yang pernah aku blogwalking iaitu honeykoyuki.blogspot.com, inibelogsaya.blogspot.com, blogserius.com dan zahiriladzim.blogspot.com.  yang lain-lain baru tahu kewujudannya.  nampaknya banyak lagi rupanya blog-blog yang hebat belum dibaca.  so, HAPPY BLOGWALKING!!!

Lina

Monday, March 26, 2012

Sambutan Birthday Yang Simple

7 Mac yang lepas kan birthday Qistina yang ke-6.  kebetulan hari tu aku cuti sebelum nak pergi ke Hatyai tu lah.  nanti kan aku tak ada 4 hari so cutilah untuk spend masa dengan dia.  siap ambil awal dari tadika dia sebab nak belanja makan kat KFC.  lepas tu sebelah petang belilah kek untuk acara potong-potong.  ala beli kek yang simple je.



ajak mertua aku sekali sebab kebetulan mereka dekat dengan rumah aku.  dah lama tak buat majlis yang meriah sikit buat Qistina.  dah berapa tahun celebrate simple je.  nantilah kalau ada rezeki tahun depan ke bolehlah buat.


Lina

Lepak di Taman Bandar

kalau beriadah di Taman Bandar pada hujung minggu sekarang ni dah tak berapa boring dah sebab dah ada restoran untuk bersantai.

suasana restoran yang berkonsepkan terbuka

inilah nama restorannya, Restoran Tasik Taman Bandar

sambil minum-minum boleh dengar orang berkaraoke ataupun diri sendiri nak menyanyi pun boleh juga.  apa yang penting percuma sahaja tau.  so, sesiapa yang nak berkaraoke secara percuma bolehlah datang ke sini.







selain daripada itu, layankan bergambar dengan anak-anaklah.


Lina

Thursday, March 22, 2012

Bateri oh Bateri

bateri...bateri...pandai ek cari masa nak rosak.  macam tahu je hari ni hari gaji...perfect time.  kalau tak pergi tukar baru nanti tak boleh start lar pulak kereta aku.  nak tak nak kena pergi tukar juga.  melayang RM170 aku hari ni huhuhu.


Lina

Suatu Pagi di Teluk Cempedak

satu pagi dalam bulan Februari yang lepas en khairol ajak breakfast kat Teluk Cempedak.  bukan di McD atau KFC ya tapi kat sebuah kedai makan kat situ.  tak ingatlah nama kedainya apa.  nak dijadikan cerita kedai tu tutuplah pula.  jadi terpaksa juga breakfast kat McD.  lepas breakfast ambil peluanglah jalan-jalan kat pantai sebab lama dah rasanya tak pergi TC waktu pagi.  
















seronok sangat sebab sebelah pagi tak ramai orang sangat jadi suasana pun tenang je.  lain kali bolehlah datang lagi.

Lina

Nite Zoo

jangan tak tahu...di Kuantan sekarang ni dah ada Nite Zoo ya bermula tahun 2012 ni.  jangan imagine yang tinggi-tinggi ya.  Nite Zoo ni adalah Mini Zoo Teruntum yang ditambahbaik.  di samping tengok binatang-binatang yang aktif di waktu malam, diadakan juga persembahan pentas yang mempunyai tema-temanya setiap bulan.  aku berpeluang pergi bawa anak-anak dalam bulan Februari hari tu.  tema pada bulan Februari adalah Ocean.  ok persembahan pentas diadakan 4 kali sebulan setiap malam Sabtu.

kaunter menjual tiket di pintu masuk zoo.  bayaran yang dikenakan adalah RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak.  ramai juga orang malam tu.  aku sampai lebih kurang pukul 8.30 malam dengan  cuaca macam nak hujan.  oh ya tempat letak kereta ada disediakan oleh MPK.  selain tu boleh je parking di tepi-tepi jalan kat luar zoo tersebut.

budak yang tak duduk diam sementara menunggu en khairol beli tiket.

sementara menunggu persembahan mula melawat-lawat dulu di sekitar zoo.  

siap ada bawa tikar lagi cam berkelah di atas rumput.  sebenarnya di depan pentas dah sedia dibentang kanvas dan di sebelah belakang kerusi tetapi mana cukup.  orang terlalu ramai, jadi aku sekeluarga duduk kat kerusi batu kat belah belakang.  jauh la sikit dari pentas.

 tengok, kat tepi-tepi tu pun ramai orang berdiri.

budak 2 orang ni biasalah bukan boleh duduk diam lama-lama...berlari ke sana berlari ke sini.

tak tahulah apa yang dibualkan oleh dua beradik ni.

ingatkan persembahan Ocean tu mula dalam pukul 9 tapi tunggu punya tunggu tak start pun lagi.  asyik dengar  persembahan artis MPK jer nyanyi...rehat sekejap...pas tu nyanyi lagi...rehat sekejap...nyanyi lagi...last last dekat pukul 10.15 kot baru start persembahan.  hari lak nak hujan.



 persembahan Ocean ni sebenarnya dia rangkumkan apa saja yang bertemakan Ocean.  contohnya kisah lanun, ikan duyung, Finding Nemo, Spongebob pun ada.  kalau budak-budak tu memang suka lah sebab colourful kan di samping lagu-lagunya yang kebanyakan dah biasa dengar.

disebabkan jauh dari pentas aku taklah tengok sangat.  so ambil kesempatan bawa Qistina naik kuda.

bayaran dikenakan untuk naik kuda ni ialah RM5.00 satu pusingan.  dahlah laju orang yang membawa pusing kuda tu hehe.

kami tak tunggu habis pun persembahan sebab hari cam nak hujan.  cabaran lak nak keluar parking.  kebetulan ramai juga yang balik masa tu...dekat 1/2 jam juga kami nak keluar dari tempat parking tu hehe.

kalau ada sesiapa yang nak bawa anak-anak bolehlah bawa ke Nite Zoo ni.  yalah kadang-kadang malam minggu nak berjalan kat Kuantan cam tak banyak pilihan kan.  so bila ada Nite Zoo ni oklah.  untuk makluman untuk bulan Mac ni temanya adalah Space ya.

Lina

Kes Penculikan di Kuantan

*Terkini mengenai kes ini...Siti Nur Fatihah telah ditemui dalam keadaan selamat.  realitinya dia tidak diculik tetapi diambil oleh kawan-kawannya dan pergi ke rumah teman lelakinya.  semuanya telah dirancang.  hasil siasatan polis melaporkan yang dia tidak mahu balik ke rumah kerana merasa terkongkong.  sekarang ini dia dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan akan menjalani proses kaunseling termasuk ibu bapanya*


Sumber : Berita Harian


emmm...buat semua orang risau, tak taulah remaja sekarang ni...ingat perkara macam ni boleh buat main-main ker.

amat menakutkan!  satu penculikan telah berlaku di bandar Kuantan.  mangsanya seorang remaja perempuan berumur 15 tahun.  dahlah rumah dan tempat remaja tu diculik dekat dengan kawasan rumah mak aku.  kebelakangan ni macam berturut-turutlah kejadian yang menimpa budak dan remaja.


tolong sebar-sebarkan.  sama-samalah kita berdoa semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada remaja tersebut dan dia dijumpai semula dengan selamat, insyaAllah.

Lina

Wednesday, March 21, 2012

Melancong Ke Hatyai, Thailand - Hari 4 & 5

sekejap je rasa dah sampai hari akhir kami di Hatyai.  kalau ikut jadual jam 9.30 pagi berkumpul dan check-out dan kira-kira pukul 10.30 pagi baru mula bertolak dari hotel.

tiga mak dara pingitan ahakss


inilah hotel tempat kami menginap.  ok hotelnya rate pun taklah mahal sangat.

sebahagian daripada ahli rombongan

oh ya kat Malaysia tak pernah jumpa pun tapi boleh pula jumpa kat Hatyai :-).  suka sangat dapat jumpa Fauziah Latiff sebab memang minat dari zaman sekolah lagi.  cantik sangat walaupun tak bermake-up sangat pun.  sebenarnya dia pun sampai lebih kurang kami juga tapi hari balik baru jumpa.  dia pun nak check-out juga.

tu dia Fauziah Latiff yang pakai key kuning tu tengah nak meletak motornya.  dia datang bersama group motor dialah semua perempuan.

haha sempat lagi bergambar dengan motor Kak Gee.

lepas dah siap semua, kami pun naik van ke Danok.  sampai di Danok dalam tengahari.  makan tengahari kat situ dan ada juga yang shopping lagi buat kali terakhir.  aku dengan Ena dah malas dah tak sabar nak masuk Malaysia semula.  kali ni nak kat belah kastam nak masuk Malaysia tak ramai pun orang.

kami bertolak balik ke Kuantan dari Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 2.00 petang.  perjalanan balik cepat jer sebab tak banyak singgah.   yang betul-betul singgah kat Tapah dan Genting Sempah.  kami selamat sampai di Kuantan kira-kira pukul 3.00 pagi.

berakhirlah trip aku ke Hatyai.  walaupun penat dan adventure sikit terutama kat sempadan tapi memang seronok sebab ahli rombongan semuanya sporting belaka.  di samping tu dapat merasa pengalaman di negara orang.  kalau ada lagi trip macam ni insyaAllah aku nak pergi lagi.


Lina

Melancong Ke Hatyai, Thailand - Hari 3

hari ketiga di Hatyai, dalam pukul 7.30 pagi kami dah keluar hotel untuk ke tempat Night Market.  pagi-pagi pun dah ada tapi sampai tengahari je.  untuk makluman masa di Thailand adalah 1 jam awal dari Malaysia.  so, 7.30 pagi kami keluar tu adalah 6.30 pagi waktu Thailand, gila awal kami berjalan hehe.  dari hotel ke pasar tersebut kami berjalan kaki je sebab dekat.  masa sampai tu gerai yang ada masih belum banyak so kami pergilah sarapan dulu.  kebetulan jumpa restoran masakan Malaysia, namanya Restoran Kelantan.

kalau tekak orang Malaysia, kat mana-mana pun mesti nak cari makanan Malaysia ;-)

lepas sarapan pergi semula ke pasar  tersebut.  tak lama kat situ sebab nak berkumpul kat hotel pukul 9.00 pagi untuk ke Hatyai Bazar pula.  biasalah naik tut tut, kalau naik tut tut untuk dalam bandar, tambang yang dikenakan adalah RM2.00 seorang.




kat sana banyak jual air kelapa.  aku pun kat sana banyak minum air kelapa je lah.
kat sini pun macam-macam ada.  dari beg kulit, baju-baju dan segala macam lah.  penganjur kami cakap kalau nak beli barang, tawarlah sampai separuh harga.  kalau tak bagi tak payah beli, kedai lain banyak lagi.  emmm kalau yang pandai menawar tu memang dapatlah harga murah tapi aku ni memang tak reti tawar-menawar ni. kalau dapat kurang sikit pun dah kira ok :-).

baju-baju ni semua sekitar RM10 sehelai.  pendapat akulah, beg-beg macam handbag dan beg camping tu memang boleh beli kat sini.  murah gila, bayangkan beg camping Deuter yang besar tu boleh dapat dalam RM60 ke RM70.  kalau kat Malaysia berapa kan.  lagi satu baju budak, kalau nak beli gaun-gaun yang cantik  memang murah.

pemandangan dari atas Hatyai Bazar

aku berjalan kat situ sehingga tengahari.  lepas tu aku dengan Ena dan 2 orang lagi member balik ke hotel.  lepas simpan barang semua keluar semula ke tempat yang aku pergi sebelah pagi tadi.

bergambar di tengah-tengah bandar

antara tempat yang kami singgah.  baju-baju Polo kat sini cantik-cantik dan murah.  kalau di sebelah siang memang tak ada apa-apa kat sini cuma baju-baju je tapi bila malam, kat hujung sekali tu ada tempat nak tengok tiger show ;-)

tengah jalan-jalan tu jumpa gerai jual seafood goreng.  tengoklah udang tu besar gedabak.  yang besar tu RM3 seekor.

ini pula ketam goreng pun besar juga

lepas dah berjalan sampai kaki tak rasa tanah dah kami pun balik ke hotel semula berehat.  sempatlah tidur sebab malamnya nanti nak keluar lagi.

sementara menunggu ahli rombongan yang lain bergambar dulu kat dalam hotel.

antara ahli rombongan yang sekepala











cuba tengok gambar ni, ada juga tangan menyelit kat sebelah kiri tu


ingatkan kali ke2 ok tapi ada juga hamba Allah tangan tadi tu di belakang hehe...itu adalah kerja si baju oren kat gambar atas tadi ya ;-)
bergambar lagi kat tangga sebab menunggu cukup korum

dah cukup korum barulah gerak ke tempat makan.  penganjur kata kalau nak cuba makanan Thailand bolehlah makan kat situ.

tengah menunggu kerabu Thailand.  kalau yang suka pedas dan masam mesti suka kerabu ni.  lepas makan semua kami ke Night Market lagi menghabiskan duit-duit Bath yang ada hehe.  Night Market ni sama je tempat dengan yang aku pergi sebelah pagi tadi.

bergambar di tengah-tengah kesesakan.  tak shopping mana pun cuma beli mana yang tak sempat beli sebelah siang tadi.

balik dari Night Market dapat naik tut tut yang best.  nampak tak belah dalam tut tut tu ada TV LCD ok.  dengan bunyi sound yang bergegar je rasa.  memang bestlah dapat naik tut tut ni tapi tambangnya sama je macam tut tut biasa RM2 juga.  tapi yang kurengnya tayang video yang sensor lak.  

sampai kat hotel sempat lagi bergambar.  ahli-ahli rombongan lain yang kebetulan ada kat depan hotel pun ambil kesempatan ambil gambar dengan tut tut tersebut hehe.

bersambung...


Lina