Wednesday, December 19, 2012

Kereta Kancilku Rosak

memang bila musibah tu datang tak diketahui masanya.  bila-bila masa jer.  memang tak terduga.  semalam kereta kancil kesayangan aku mengalami kerosakan.  on the way nak pergi kerja ni, En Khairol hantar aku dulu sebelum ke pejabat dia.  patah balik kami ke rumah sebab enjinnya dah bunyi lain macam.  lepas tu semput, tersengguk-sengguk enjinnya.  pelan-pelanlah En Khairol bawa..  betul-betul time gaji keluar huhu.  nak buat macam mana terpaksalah terima.  dah hantar ke bengkel, kena overhaul enjin semua.  nampak gayanya kena sedialah lebih kurang RM1500.  hai hilang nak beli barang-barang sekolah Qistina, separuh kena standby ke kereta.


Lina

1 comment:

wida said...

Sabar yek kak..pakai kereta ni mmg laju je mengalir duit, minyak..maintenance..kan?