haha orang lain dah lama tulis review pasal filem ni tapi aku baru terkedek-kedek nak tulis. ye lah dah aku baru tengok. nak pergi tengok kat wayang hari tu tak ada kesempatan. sebab apa aku nak review ye, sebab aku sukaaaaaaaaaa sangat filem ni. romantik, simple, telus.
ok filem ni berkisar kepada 3 watak utama iaitu Dian, Azad dan Harris. Di samping itu ada juga watak-watak pembantu tapi tak begitu mendominasi. filem ni mengisahkan Dian dan Azad yang dah bercouple dari sekolah lagi dipisahkan dengan jarak kerana Azad menyambung pelajaran ke Istanbul. kemudian Dian dengan yakinnya pergi ke Istanbul sendirian untuk membuatkan Azad melamarnya. aku tak nak cerita lebih-lebih sebab aku bukannya pandai sangat review. jadi aku cuma nak berkongsi antara adegan-adegan yang memberi kesan pada aku.
aku senyum sendiri masa adegan-adegan Dian bermonolog sendiri dan masa tulis blog. ye lah aku pun tulis blog juga kan jadi macam kena je dengan diri sendiri.
aku rasa sakit hati sangat masa adegan Dian dan Harris ke rumah Azad sebab nak explain segala salah faham yang berlaku. belum sempat nak explain Azad dah tuduh dan mengata bukan-bukan pada Dian. kemudian masa adegan Azad tunggu kat tangga rumah Dian sebab nak jumpa Dian dengan muka bongkak tak bersalah eiiiiii.
aku ikut menangis masa adegan Harris cuci rambut Dian, sambil Dian mengalirkan air mata. memang kenalah dengan lagu Patah Seribu.
adegan asam laksa ni memang kelakar
sumber gambar : google
aku suka dengan ending filem ni. walaupun dah dapat teka endingnya macam mana tapi aku still rasa ragu-ragu juga tekaan aku tu salah hehe. tak semestinya perkenalan yang lama menjamin kita akan bahagia dan perkenalan yang singkat itu tidak membawa apa-apa makna kan.
nota : yang pasti Istanbul memang cantik!!!
Lina
No comments:
Post a Comment