pada 27 Disember lepas aku dan En Khairol telah menghadiri Hari Orientasi Tahun Satu bagi tahun 2013 sekolah Qistina. kami pilih sekolah ni sebab berdekatan dengan pejabat aku jadi senanglah sikit nak hantar dan ambil dia nanti. untuk Hari Orientasi ni tak perlu pakai uniform sekolah jadi senanglah sikit sebab pagi tu hujan.
kalau ikutkan aturcara majlis bermula jam 9.00 pagi tapi biasalah mesti lewat juga sikit. mula-mula ada taklimat kepada ibu bapa di dewan sekolah. kemudian pembahagian kelas. sorang sorang dipanggil mengikut kelas masing-masing dan seterusnya dibawa oleh guru kelas untuk sesi suaikenal. tinggallah ibu bapa kat dewan untuk acara seterusnya. lepas tu taklimat oleh guru besar, taklimat daripada pihak BSN dan wakil dari klinik pergigian. habis taklimat dalam pukul 11 pagi, bergegas pulak jumpa guru kelas untuk pembayaran yuran dan isi borang maklumat segala. lepas tu buka buku akaun BSN dan daftar kelas komputer. last sekali beli baju sukan. buku-buku En Khairol dah pergi beli awal-awal masa taklimat kat dewan tadi.
selesai semua dekat pukul 1 lebih juga. terus En Khairol bawa kitorang pergi makan sebab dah lapar sangat. tengok Qistina macam ok jer, suka jer. tak adalah nampak macam takut-takut ke. jumpa kawan dia masa kat tadika dulu tapi dapat kelas lain. takpe 2 Januari nanti tengok pulak macam mana keadaan dia hehe.
3 comments:
seronok tgk budak2 orientasi.. mesti macam2 gelagat.. hehe
owh anto kat mgps ek,samalaa anak kita.....hehe
Thank you for any other excellent article. Where else may anybody get that type of information in such an ideal method of writing? I have a presentation next week, and I am on the search for such info. itunes sign in
Post a Comment