Thursday, December 27, 2012

Endau Beach Resort, Rompin - Part 2

lepas dah penat-penat mandi kat pool, laparlah pulak.  so kami pergilah makan kat gerai depan resort tu.  dekat jer, keluar pagar sampai dah.  ada restoran dalam chalet tu tapi ye lah orang tak ada tak bukalah kot.  disebabkan ada 1 gerai jer kat situ kami memang tak ada pilihanlah.  malas nak naik kereta ke bandar.   lagipun kami makan yang ringkas-ringkas jer.  aku order mee goreng.  anak-anak lak orderkan nugget dengan french fries.  oklah buat alas perut petang tu.  

pemandangan di tepi pantai.  resort ni terletak kat teluk.  aku pun tak ingat apa nama teluknya hehe tapi cantiklah pemandangannya.

muka ceria sebab dah dapat mandi pool

budak ni pun sama hehe


kami nampak ada kelong kat tengah-tengah laut tu.  En Khairol kata nanti-nanti kalau ada masa nak pergi kelong tu pulak.

bot-bot nelayan banyak kat sini

jeti yang berdekatan

cuaca agak mendung tapi tak hujan pun


lepas makan semua kami jalan-jalan kat jeti berdekatan.  terserempak lak ada nelayan tu bawa lobster.  ada 2 ekor, besar lak tu


bestnya lah panggang kan.  kami tanya berapa harganya kalau nak beli terus, ya Allah murah ya amat, RM50 jer tapi tak ada rezeki kami sebab yang ni dah ada orang booking.  kalau dah masuk restoran kan beratus harganya huhu.

En Khairol pun tak lepas peluang nak bergambar dengan lobster tu

dari jeti tu dah tak ke mana dah, terus balik ke chalet berehat.  malamnya makan lagi kat gerai depan resort. ada ikan bakar semua.  oklah kenyanglah juga.  kalau sesiapa yang kaki memancing memang eloklah datang kat situ sebab tempatnya taklah sibuk sangat.

- bersambung -

Lina

1 comment:

wan nurul hezrina said...

aahlah murah...seronoknya kalau dapat makan2..huhu