Wednesday, December 26, 2012

Endau Beach Resort, Rompin - Part 1

inilah dia percutian 2 hari 1 malam yang aku pergi dalam bulan Julai lepas.  percutian singkat ni kami rancang sebab nak memuaskan hati anak-anak disebabkan aku dengan En Khairol sibuk sangat masa SUKMA di Pahang tu.  kami taknaklah pergi jauh-jauh sangat sebab tu kena banyaklah pulak planningnya so kami decide pergi area Rompin jer.  decide punya decide Endau Beach Resort pilihan kami.  itupun hasil dari carian google hehe.  yang lagi best kami 1 keluarga je menginap kat situ masa tu.  pihak pengurusan cakap kalau hujung minggu ramailah orang.  masa aku pergi tu weekday.  check in hari Khamis, check out hari Jumaat.  hari Sabtu esoknya awal Ramadan.

inilah rupa chalet yang terdapat kat situ.  kawasan chalet ni lereng bukit.  banyak lagi chalet-chalet kat atas tu.  nasib baik dapat yang kat bawah kalau tidak jenuh nak naik tangga ke atas.  chalet kami ni RM150 semalaman.


ruang dalam chalet.  1 double bed dan 1 single bed.  Qistina tengah melepek sebab sakit perut.

pemandangan swimming pool dari chalet kami

 sekejap jer Qistina sakit perut sebab dah nampak pool tak sabar-sabar dah





 hai anak-anak kalau nampak pool tak ingat dunia.  Amsyar mula-mula main kat pool budak-budak tapi bila tengok Qistina main kat pool dewasa nak ikut juga.  kenalah ayahnya guide.

- bersambung -

Lina

1 comment:

wan nurul hezrina said...

budak2 ngan pool mana mungkin dipisahkan