aku ni banyak betul cerita tertunggak. cerita pasal bercuti ke Melaka tahun lepas pun tak habis lagi. aku tak tahulah apa nak jadi dengan entry tu. sama ada nak habiskan ke tak. ye lah cerita tahun lepas kan dah basi kata orang. tengoklah nanti macam mana. so, untuk tidak jadi macam cerita ke Melaka tu aku usaha juga nak habiskan entry pasal bercuti ke Cameron Highlands ni pada bulan Jun hari tu dan aku akan autopublish. macam mana boleh pergi ke Cameron ni? ni pasal Qistinalah, asyik sebut-sebut jer jadi untuk tidak menghampakan dia sebagai ibu bapa yang prihatin chewahhh hehe cari jugalah masa nak pergi. lagipun aku pun suka pergi Cameron hehe.
kami bertolak dari Kuantan dalam pukul 7.30 pagi pada 15 Jun. singgah breakfast jap kat Restoran Zaman. lepas tu terus jer perjalanan. kami ikut laluan baru ikut Pos Betau tu. alhamdulillah kira-kira jam 2.00 petang sampailah kami ke Cameron Highlands.
di Cameron kami menginap di Hotel Rainbow di Brinchang. hotel ni anak-beranak Hotel Rosa Pasadena juga.
suasana dalam bilik. ok juga biliknya luas. ada 1 double bed dan 1 single bed.
pemandangan bandar Brinchang daripada tingkap bilik. lepas cari makan dan berehat, petang tu kami pun keluar berjalan. ingatkan nak pergi ke Boh Tea Centre Sungai Palas tapi dah tutup dah. tak perasan pula kat simpang masuk ada tulis waktu beroperasi. oleh kerana dah tutup kami singgahlah kat tepi ladang teh untuk bergambar. kami decide esok paginya datang balik.
2 beradik ni sibuk nak petik daun teh tu. Qistina siap cakap nak buat air nanti daun tu hehe.
bila nak bergambar satu family kenalah pakai timer
balik dari Boh Tea tu kami singgah jap kat Kea Farm. tak beli apa pun cuma jalan-jalan jer
cantiknya lah bunga-bunga ros ni. kalau rumah dekat memang aku borong habis dah.
buah-buah strawberry yang buat kecur air liur
- bersambung -
Lina
No comments:
Post a Comment