Friday, December 28, 2012

Bukit Gambang Resort City

baru-baru ni masa cuti panjang hingga Cuti Krismas, aku sekeluarga berkesempatan bercuti di Bukit Gambang Resort City.  aku pergi bersama family mertua.  alah bukan bercuti sangatpun sebab kebetulan kakak ipar aku yang kerja Maybank tu dapat 1 bilik kat Carribean Bay so dia ajaklah ramai-ramai.  disebabkan check in masa weekday aku dengan En Khairol ambil cuti sehari pada hari Jumaat.  masing-masing yang lain termasuk anak-anak aku dah check in dulu petang Khamis tu.  aku dengan En Khairol dengan abang dia pergi lepas habis kerja.

kebetulan juga jiran Cina kat rumah aku ada bagi voucher diskaun 3 keping hari tu.  1 voucher boleh beli tiket untuk 6 orang.  apa lagi gunalah sebab banyak juga jimatnya lagipun tarikh akhir guna 31 Disember 2012.

pagi hari Jumaat.  masing-masing dah excited nak pergi waterpark.  

di hadapan waterpark

3 orang sepupu

bergambar kat jalan masuk

masing-masing dah excited sangat ni

Qistina kalau dah jumpa air dah tak ingat apa dah




sampai ke sudah Amsyar taknak main kat kolam yang ada mulut ikan ni.  tak taulah sama ada dia takut tengok gigi ikan ke atau sebab kuat sangat air yang mencurah daripada mulut ikan tu.

dah puas main air lapar pulak


sebelum keluar bergambar lagi

konon-konon eksyen pilih baju hehe

bergambar sekeluarga buat kenangan

sedang elok kami semua habis mandi dalam tengahari terus hujan turun dengan lebatnya.  apa lagi kemas-kemaslah untuk balik.  rasanya inilah penutup jalan-jalan aku untuk tahun 2012 ni.  lepas ni sibuk dengan Qistina nak masuk Tahun 1 pulak.  nanti aku cerita pasal hari orientasi dia lak.


Lina

2 comments:

TechKini.com said...

Bukit Gambang ni kat mana? Dah makin banyak tempat percutian kat Malaysia... :)

-> ❤ TechKini.com

Lina said...

Techkini.com

Bukit Gambang ni kat Pahang, kat bandar Gambang tu, beselah kalau tempat percutian waterpark ni dah makin banyak dah skrg

Share |