Wednesday, December 19, 2012

Arwah Faiz Didera, Tanda-Tanda Tidak Diendahkan

dalam berita hari ini sudah terbukti hasil daripada post-mortem, adik Faiz meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang serius yang terhasil daripada objek tumpul dipercayai sama ada ditumbuk, disiku atau dipijak.  ya Allah banyak juga kecederaannya.  kalau macam tu sudah semestinya arwah didera kan.

kalau ikutkan sebelum tu dah ada dah tanda-tanda amaran kecil kan.  arwah dah pernah mengadu dia dipukul, dah nampak ada kesan-kesan kecederaan, laporan polis pun ada dibuat tapi kenapa tiada tindakan apa-apa?  ya betul dah sampai ajalnya tapi selagi boleh berusaha boleh berikhtiar tak salah kan.  dah banyak dah kejadian macam ni berlaku depan mata kita tapi pengakhirannya tetap sama.  tanda-tanda tersebut masih tidak diendahkan.  yang paling sakit hati ibunya sendiri tutup kedua belah mata.  ok aku pun taknak cakap lebih-lebih sebab aku pun ibu juga dan tak tahu cerita sebenar dalam keluarga arwah.  cuma memberi pendapat daripada pandangan orang luar.  

al-Fatihah buat arwah Faiz, semestinya syurga buatmu di akhirat.


Lina

No comments: