Monday, October 15, 2012

Rumah

akhirnya tercapai juga impian aku untuk memiliki rumah sendiri.  patutnya daripada dulu lagi dah beli, masa harga masih murah tapi macam-macam halangan.  kali ni memang nekad nak beli.  kalau tunggu-tunggu lagi harga rumah bukan makin turun tapi mencanak-canak naiknya.

walaupun tidaklah menepati 100% rumah impian aku tapi cukuplah untuk aku sekeluarga berlindung.  sebenarnya apa yang membuatkan aku lambat beli rumah sebab aku cari rumah di kawasan rumah aku sewa sekarang.  dahlah kawasan rumah sewa aku ni berdekatan dengan bandar jadi harga rumah pun sekali gandalah.  dalam ulang-alik dari rumah ke tempat kerja terperasan pula ada satu projek perumahan yang menarik minat.  mempunyai 4 bilik, 3 bilik air dan 2 dapur.  apa lagi terus pergi tengok kawasannya kira-kira 1 km je dari rumah sewa.  lepas dah puas hati esoknya terus ke pejabat projek tu booking dengan bayaran sekali hehe.  punyalah excited nak berumah baru hehe. 

sekarang ni aku dah sain agreement kat pejabat peguam.  itu kira-kira 2 minggu lepas.  pejabat peguam tu dah telefon dah untuk ambil stamping agreement yang dah siap.  tak ada masa lagi nak pergi ambil.  kiranya lepas dah ambil nanti bolehlah nak buat loan perumahan kerajaan tu.

kalau dah lulus loan nanti, bila dah buat potongan nampak gayanya aku kena berjimatlah sikit.  kalau ikut kiraan sendiri banyak juga akan dipotong.  dah rumahnya mahal sangat, nak sangat cari rumah kat kawasan dekat bandar nasiblah hehe.

tak sabar lak nak tunggu rumah tu siap.  kalau ikutkan jadualnya siap dalam pertengahan tahun depan.  kalau ikutkan hari-hari nak tengok rumah tu tapi kang apa lak kata pekerja kat situ, orang ni dah tak sabar agaknya nak duduk hehe.  kiranya tahun depan selain daripada ada ahli keluarga baru, rumah pun barulah.

Lina

3 comments:

atty's said...

Tahniah lina..takpe,susah2 dahulu,senang2 kemudian

Ayen... said...

Alhamdulillah....

Nurulhuda|Adlie said...

yeayyy ;)))