Monday, October 8, 2012

Lupa

cukup tak faham dengan sesetengah manusia.  selama ini begitu banyak pengorbanan yang dicurahkan, begitu banyak budi ditaburkan, tak kiralah daripada segi kewangan atau bentuk fizikal.  bila cuma sekali permintaan tak dapat dipenuhi kerana sebab-sebab tertentu, semua segala pengorbanan dan budi tersebut  terus dilupakan.  kalau dilupakan sahaja tak apa juga tapi seiring dengan kata-kata yang tidak enak didengar.  apa maknanya tu?  sedangkan yang terlibat bukan orang lain tapi sedarah sedaging.  ya Allah kenapa mudah sekali minda dipengaruhi.  bukan diminta membalas budi yang sehingga habis keturunan tak akan terbalas tapi cukuplah dengan penghormatan.  doaku agar perkara sebegini tidak berlaku dalam keluargaku, kepada anak-anakku serta keturunanku.


Lina
Share |