Wednesday, October 31, 2012

Check-Up 21 Minggu

malam semalam aku pergi check-up kandungan untuk kali yang ke-2.  berdebar-debar juga sebab takut berat naik mendadak kan sebab dah sebulan lepas check-up yang pertama.  pulak tu, baru je lepas Raya Haji, makan tak ingat dunia haha.

so, hasil check-up, kandungan dah berusia 21 minggu, dah 5 bulan.  darah ok, air kencing ok, berat naik 2 kg.   scan pula, saiz baby selari dengan usia kandungan.  uri pun kat depan, masa scan tu kepala baby kat bawah aihh macam dah nak keluar pula hehe. masa scan tu, Qistina pun ada sekali so aku ajaklah tengok.  nampak excited tengok adiknya kat skrin tu hehe.   itu saja, datang pula lagi sebulan nanti.

Lina