Monday, October 1, 2012

Cerita Alahan Lagi

alhamdulillah, sejak dua menjak ni kesihatan semakin pulih.  badan dah semakin bertenaga, nak berjalan banyak-banyak pun tak cepat letih, cuma yang masih ada rasa loya-loya dan keinginan nak makan tu tak berapa lagi.

teringat masa aku mabuk-mabuk dan lembik 2 bulan lepas, sangat-sangat terharu sebab En Khairol memang banyak membantu.  dahlah pergi kerja dan balik kerja dia hantar dan ambil (tempat kerja arah lain-lain), kerja rumah pun dia yang buat.  kadang-kadang makan pun tak menentu sebab aku memang tak masak dah, kadang-kadang dia masaklah, kadang tu makan kat rumah mak dia dan kadang tu beli jer.  rumah masa tu toksah cakaplah macam tongkang pecah.  dengan baju menimbun tak berlipat, bersepah gilerlah.  rasanya nak tutup pintu 24 jam taknak bagi orang datang rumah.

paling aku rasa touching sangat pasal Qistinalah.  selama ni malam sebelum atau pagi nak pergi tadika tu aku yang kemas beg dia, siapkan breakfast semua tapi masa aku mabuk tu semua dia buat sendiri.  nak nangis rasa bila pagi-pagi tengok dia lipat baju untuk dia salin kat tadika.  lepas tu tengok dia ambil mangkuk dan cawan, letak koko crunch dalam bekas, tuang susu.  selalu aku buat jugalah breakfast tapi masa tu dah tak larat jadi standby lah benda-benda yang senang.  kadang-kadang kalau dia rasa nak minum air milo ke buat air sirap dia buatlah sendiri, dia tanyalah apa nak letak semua, gula banyak mana, air banyak mana.  dah pandai berdikari dah sekarang.

so, sekarang slow slow aku recover balik, ngemas rumah, lipat baju cuma masak je tak boleh lagi.  tak boleh tahanlah bau-bauan menumis segala tu.  harap-harap cepatlah hilang alahan tu dan juga cepat-cepatlah datang semula nikmat makan huhuhu.  sekarang ni aku makan sebab nak elakkan rasa lapar je, kalau tak nanti angin lagi susah.  rasa kesedapan makan tu tak ada langsung huhu.  tak apalah dugaan semua ni.

emmm sepanjang minggu lepas juga banyak berita yang menarik.  Antaranya kemenangan Shila Amzah di Asian Wave, tahniah kepada Shila.  bukan senang nak menang tu walaupun ada yang berkata bukan pertandingan yang berprestij sangat, cuma di peringkat Asia sahaja tapi kalau ko masuk, ko boleh ke kalahkan penyanyi-penyanyi hebat lain tu kan.  kalau tak suka diam saja tak payah cakap apa-apa hehe.

berita yang paling ditunggu-tunggu sudah tentunya Pembentangan Bajet 2013 kan.  bagi penjawat awam macam aku ni tentulah seronok sebab dapat juga bonus walaupun taklah berbulan-bulan macam sesetengah syarikat, alhamdulillah lah dengan rezeki yang ada.

Lina

No comments:

Share |