Friday, June 29, 2012

Kehilangan

menerima perkhabaran yang mendukacitakan bukan sesuatu yang kita harapkan dalam kehidupan kita.  khabar sedih seorang teman yang kehilangan anak sungguh memberi kesan.  apatah lagi anak tersebut belum lagi melihat dunia dan ditunggu-tunggu kelahirannya.

amat cliche untuk mengucapkan "sabar ya", "tabahkan hati", "kuatkan semangat".  apa yang mampu kubuat hanya mendoakan semoga kau tetap tabah dalam mengharunginya.  cuba dalami maksud ayat di bawah semoga ia akan membawa sedikit ketenangan buat kamu.

"Dan janganlah kamu membeli perjanjian Allah dengan harga murah; sesungguhnya apa yang ada disisi Allah, itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (95). Apa yang ada pada kamu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang sabar dengan memberi pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan(96) Surah An-Nahl: Ayat 95-96). 

*Takziah*

Lina

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday


sumber : google


Lina

Tuesday, June 12, 2012

Melaka - Part 2, Menara Taming Sari

hai semua...

baru sekarang ni berkesempatan nak menyambung semula cerita percutian aku ke Melaka tahun lepas.  punyalah lama cerita ni terperap sampai nak jadi pekasam dah.  ok taknak cerita panjang-panjang nak terus jer ke ceritanya.  aku akan cuba habiskan cerita pasal percutian ni ya.  kalau nak baca yang Part 1 boleh baca kat sini ya Melaka - Part 1.

pagi hari kedua, selepas memancing...anak-anak pun dapat merasa mandi pantai walaupun sekejap sebab air surut, aku pun berkemas-kemas sebab nak gerak ke bandar Melaka pula.  lepas bersalam-salaman dengan sepupu mak aku dan anak-anaknya kami pun geraklah.

sampai kat area Klebang, singgah jap sebab nak memborong belacan dan budu.  juga ole-ole sikit untuk member ofis.  sepanjang Klebang tu memang banyak gerai-gerai jual belacan dan budu.  nampak menariklah pula sebab plastik belacan tu kan merah jadi bila digayut dari jauh cantik jer.

lepas membeli apa-apa yang patut kami pun terus ke destinasi seterusnya iaitu hotel penginapan.  sebelum sampai ke Melaka aku dah siap booking dah hotel iaitu Dream Hotel.  cuma hotel bajet je sebab memikirkan bukan duduk kat hotel je sepanjang masa sebab banyak tempat kami nak pergi so hotel bajet adalah alternatifnya.  jimat sikit belanja kan. 

berpusing-pusing juga kami nak jumpa hotel tu yalah Melaka kan one way jer itu yang jadi berpusing-pusing. hotel ni terletak kat Jalan Laksamana Cheng Ho.   nak cari nama jalan pun 2, 3 kali pusing tempat yang sama hehe.  hotel ni bukan dalam bandar tapi taklah jauh pun nak ke bandar.  dah jumpa hotelnya, check in lepas tu terus pergi makan tengahari.  makan kat sekitar situ je dan yang penting ada asam pedas hehe.

lepas makan semua balik hotel dulu, mandi dan bersiap lepas tu keluar semula.  destinasi pertama ialah Menara Taming Sari.  en khairol cakap kalau harga tiket mahal kita jalan-jalan je.  sekali harga tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5.  so, oklah kan merasa juga naik hehe.

ambil peluang bergambar semasa beratur nak naik menara

giliran mama dan anak-anak pula

ramai juga yang nak naik menara ni


tiket Menara Taming Sari

pemandangan dari dalam

ini sebelum bergerak ke atas


inilah rupanya bila kat atas kalau dipandang dari bawah

pemandangan semasa naik
ini semasa dah sampai atas dan berhenti, cuma berputar sahaja.  untuk makluman ia akan berputar 360 darjah.  gayat juga kalau pandang ke bawah tapi buat tak tahu je lah.


antara pemandangan yang diambil dari atas

...bersambung...

Lina

Friday, June 1, 2012

Snow White and The Huntsman

semalam kan tayangan pembukaan filem Snow White and The Huntsman, so aku pun gigihlah ajak en khairol pergi tengok malam tadi.  Ya lah cerita ni yang aku tunggu-tunggu tahun ni selain daripada cerita Breaking Dawn Part 2 bulan November nanti.  

nak dijadikan cerita dalam sejarah aku tengok wayang, first time aku duduk kat barisan kedua daripada depan.  ha ko mendongak sepanjang masa menengok hehe.  haha membebel en khairol kat aku, dia kata kalau aku pergi beli tiket sendiri tanpa dia mesti ada je tak kena.  aku buat muka toya je bila en khairol perli-perli hehe.  ohhh lupa lak bawa juga qistina sebab mertua aku balik lambat sikit dari kebun jadi tak boleh nak tinggallah. 

okay, sedikit review ya mengenai filem ini.  bagi aku agak okaylah ceritanya, lari daripada jalan cerita yang biasa fairytale snow white ni.  mungkin nak lari sedikit daripada typical biasa.  kalau snow white yang biasa kita tengok dari kecil tu, sinematografinya, costume, watak-wataknya sentiasa cantik jer kan tapi dalam filem ni, tak banyak yang cantik, ada kotor, ganas, perang.  

kalau part yang komedi sikit bila dah masuk watak orang-orang kerdil, barulah gelak-gelak sikit.  watak Snow White pun sentiasa muram jer tak macam Snow White biasa kan sentiasa senyum walaupun ditimpa masalah.  mungkin nak sesuaikan dengan jalan cerita tu jadi dibuat watak Snow White begitu.  


lakonan Kristen Stewart pulak (faktor utama aku tengok filem ni), bagi aku biasa jer, ada part part tertentu sedikit macam Bella Swan pulak especially masa part dia mati terbaring atas pelantar tu sebijik dalam Breaking Dawn Part 1 yang mati lepas lahirkan baby cuma baju je warna lain.  yang paling menyerlah of course lah Charlize Theron.  memang mantaplah dia sebagai permaisuri yang kejam dan berkuasa.                                     






emmm aku tak puas hatilah, macam tergantung je ceritanya.  taknaklah cerita lebih-lebih kalau kalian tontonlah sendiri.  so, daripada 5 bintang aku bagi 3.5 bintang.

Lina
Share |