Thursday, March 22, 2012

Nite Zoo

jangan tak tahu...di Kuantan sekarang ni dah ada Nite Zoo ya bermula tahun 2012 ni.  jangan imagine yang tinggi-tinggi ya.  Nite Zoo ni adalah Mini Zoo Teruntum yang ditambahbaik.  di samping tengok binatang-binatang yang aktif di waktu malam, diadakan juga persembahan pentas yang mempunyai tema-temanya setiap bulan.  aku berpeluang pergi bawa anak-anak dalam bulan Februari hari tu.  tema pada bulan Februari adalah Ocean.  ok persembahan pentas diadakan 4 kali sebulan setiap malam Sabtu.

kaunter menjual tiket di pintu masuk zoo.  bayaran yang dikenakan adalah RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak.  ramai juga orang malam tu.  aku sampai lebih kurang pukul 8.30 malam dengan  cuaca macam nak hujan.  oh ya tempat letak kereta ada disediakan oleh MPK.  selain tu boleh je parking di tepi-tepi jalan kat luar zoo tersebut.

budak yang tak duduk diam sementara menunggu en khairol beli tiket.

sementara menunggu persembahan mula melawat-lawat dulu di sekitar zoo.  

siap ada bawa tikar lagi cam berkelah di atas rumput.  sebenarnya di depan pentas dah sedia dibentang kanvas dan di sebelah belakang kerusi tetapi mana cukup.  orang terlalu ramai, jadi aku sekeluarga duduk kat kerusi batu kat belah belakang.  jauh la sikit dari pentas.

 tengok, kat tepi-tepi tu pun ramai orang berdiri.

budak 2 orang ni biasalah bukan boleh duduk diam lama-lama...berlari ke sana berlari ke sini.

tak tahulah apa yang dibualkan oleh dua beradik ni.

ingatkan persembahan Ocean tu mula dalam pukul 9 tapi tunggu punya tunggu tak start pun lagi.  asyik dengar  persembahan artis MPK jer nyanyi...rehat sekejap...pas tu nyanyi lagi...rehat sekejap...nyanyi lagi...last last dekat pukul 10.15 kot baru start persembahan.  hari lak nak hujan.



 persembahan Ocean ni sebenarnya dia rangkumkan apa saja yang bertemakan Ocean.  contohnya kisah lanun, ikan duyung, Finding Nemo, Spongebob pun ada.  kalau budak-budak tu memang suka lah sebab colourful kan di samping lagu-lagunya yang kebanyakan dah biasa dengar.

disebabkan jauh dari pentas aku taklah tengok sangat.  so ambil kesempatan bawa Qistina naik kuda.

bayaran dikenakan untuk naik kuda ni ialah RM5.00 satu pusingan.  dahlah laju orang yang membawa pusing kuda tu hehe.

kami tak tunggu habis pun persembahan sebab hari cam nak hujan.  cabaran lak nak keluar parking.  kebetulan ramai juga yang balik masa tu...dekat 1/2 jam juga kami nak keluar dari tempat parking tu hehe.

kalau ada sesiapa yang nak bawa anak-anak bolehlah bawa ke Nite Zoo ni.  yalah kadang-kadang malam minggu nak berjalan kat Kuantan cam tak banyak pilihan kan.  so bila ada Nite Zoo ni oklah.  untuk makluman untuk bulan Mac ni temanya adalah Space ya.

Lina

No comments: