Wednesday, March 21, 2012

Melancong Ke Hatyai, Thailand - Hari 4 & 5

sekejap je rasa dah sampai hari akhir kami di Hatyai.  kalau ikut jadual jam 9.30 pagi berkumpul dan check-out dan kira-kira pukul 10.30 pagi baru mula bertolak dari hotel.

tiga mak dara pingitan ahakss


inilah hotel tempat kami menginap.  ok hotelnya rate pun taklah mahal sangat.

sebahagian daripada ahli rombongan

oh ya kat Malaysia tak pernah jumpa pun tapi boleh pula jumpa kat Hatyai :-).  suka sangat dapat jumpa Fauziah Latiff sebab memang minat dari zaman sekolah lagi.  cantik sangat walaupun tak bermake-up sangat pun.  sebenarnya dia pun sampai lebih kurang kami juga tapi hari balik baru jumpa.  dia pun nak check-out juga.

tu dia Fauziah Latiff yang pakai key kuning tu tengah nak meletak motornya.  dia datang bersama group motor dialah semua perempuan.

haha sempat lagi bergambar dengan motor Kak Gee.

lepas dah siap semua, kami pun naik van ke Danok.  sampai di Danok dalam tengahari.  makan tengahari kat situ dan ada juga yang shopping lagi buat kali terakhir.  aku dengan Ena dah malas dah tak sabar nak masuk Malaysia semula.  kali ni nak kat belah kastam nak masuk Malaysia tak ramai pun orang.

kami bertolak balik ke Kuantan dari Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 2.00 petang.  perjalanan balik cepat jer sebab tak banyak singgah.   yang betul-betul singgah kat Tapah dan Genting Sempah.  kami selamat sampai di Kuantan kira-kira pukul 3.00 pagi.

berakhirlah trip aku ke Hatyai.  walaupun penat dan adventure sikit terutama kat sempadan tapi memang seronok sebab ahli rombongan semuanya sporting belaka.  di samping tu dapat merasa pengalaman di negara orang.  kalau ada lagi trip macam ni insyaAllah aku nak pergi lagi.


Lina

8 comments:

atty's said...

seronokkan..kty asik makan2 je ..
ingat satu hari nanti nak dtg ngn along dan firdaus pulak ..

Syira Qahira said...

salam...


seronoknya jalan-jalan..hehe

Neeza.Areef said...

puas bejalan nih...siap jmpa retis lg

Lina said...

atty

mmg seronok...itulah ofis saya nak buat pulak bulan 5 nanti tp x taulah nak pegi ke tak sbb byk plan lain dah

Lina said...

syira qahira

:) mmg seronok

Lina said...

neeza arif

haha itulah kat Malaysia xdelah pulak nak jumpa boleh jumpa kat negara org lak

zul said...

Tiket, pasport, dompet dah ada! Apa lagi yang perlu sebelum berangkat pergi melancong? --->NAK TAHU? KLIK SINI<---

fadil said...

KUALA LUMPUR MPV TAXI
RENAULT ENVIRO
BEST LOW COST BUDGET MPV TAXI SERVICE


FOR RESERVATION:
Airport KLIA/LCCT * Hourly Booking * Daily Used * Oustation * Genting Highland * Cameron Highland * K.L Sight Seeing
Reservation and Inquiries

~*No Credit Card or Deposit Needed * No Payment On-Line * Just Pay Directly To The Driver * No Cancellation Charges * For Any Reservation Please Call Or Sms at Least 2 Hour Prior.
Call/text sms to
M.FADIL
+60193308374
(ENGLISH AND ARABIC SPEAKING DRIVER)
Enjoy With Our Experienced In Transportation With Friendly Drivers, Comfortable To The Airport. Choose Our Smart Time Booking Schedule. We Will Ensure Safety And Safely Journey For The Customer To The Airport And Meet Depart Check-In Registration On Time.