Wednesday, March 21, 2012

Melancong Ke Hatyai, Thailand - Hari 3

hari ketiga di Hatyai, dalam pukul 7.30 pagi kami dah keluar hotel untuk ke tempat Night Market.  pagi-pagi pun dah ada tapi sampai tengahari je.  untuk makluman masa di Thailand adalah 1 jam awal dari Malaysia.  so, 7.30 pagi kami keluar tu adalah 6.30 pagi waktu Thailand, gila awal kami berjalan hehe.  dari hotel ke pasar tersebut kami berjalan kaki je sebab dekat.  masa sampai tu gerai yang ada masih belum banyak so kami pergilah sarapan dulu.  kebetulan jumpa restoran masakan Malaysia, namanya Restoran Kelantan.

kalau tekak orang Malaysia, kat mana-mana pun mesti nak cari makanan Malaysia ;-)

lepas sarapan pergi semula ke pasar  tersebut.  tak lama kat situ sebab nak berkumpul kat hotel pukul 9.00 pagi untuk ke Hatyai Bazar pula.  biasalah naik tut tut, kalau naik tut tut untuk dalam bandar, tambang yang dikenakan adalah RM2.00 seorang.




kat sana banyak jual air kelapa.  aku pun kat sana banyak minum air kelapa je lah.
kat sini pun macam-macam ada.  dari beg kulit, baju-baju dan segala macam lah.  penganjur kami cakap kalau nak beli barang, tawarlah sampai separuh harga.  kalau tak bagi tak payah beli, kedai lain banyak lagi.  emmm kalau yang pandai menawar tu memang dapatlah harga murah tapi aku ni memang tak reti tawar-menawar ni. kalau dapat kurang sikit pun dah kira ok :-).

baju-baju ni semua sekitar RM10 sehelai.  pendapat akulah, beg-beg macam handbag dan beg camping tu memang boleh beli kat sini.  murah gila, bayangkan beg camping Deuter yang besar tu boleh dapat dalam RM60 ke RM70.  kalau kat Malaysia berapa kan.  lagi satu baju budak, kalau nak beli gaun-gaun yang cantik  memang murah.

pemandangan dari atas Hatyai Bazar

aku berjalan kat situ sehingga tengahari.  lepas tu aku dengan Ena dan 2 orang lagi member balik ke hotel.  lepas simpan barang semua keluar semula ke tempat yang aku pergi sebelah pagi tadi.

bergambar di tengah-tengah bandar

antara tempat yang kami singgah.  baju-baju Polo kat sini cantik-cantik dan murah.  kalau di sebelah siang memang tak ada apa-apa kat sini cuma baju-baju je tapi bila malam, kat hujung sekali tu ada tempat nak tengok tiger show ;-)

tengah jalan-jalan tu jumpa gerai jual seafood goreng.  tengoklah udang tu besar gedabak.  yang besar tu RM3 seekor.

ini pula ketam goreng pun besar juga

lepas dah berjalan sampai kaki tak rasa tanah dah kami pun balik ke hotel semula berehat.  sempatlah tidur sebab malamnya nanti nak keluar lagi.

sementara menunggu ahli rombongan yang lain bergambar dulu kat dalam hotel.

antara ahli rombongan yang sekepala











cuba tengok gambar ni, ada juga tangan menyelit kat sebelah kiri tu


ingatkan kali ke2 ok tapi ada juga hamba Allah tangan tadi tu di belakang hehe...itu adalah kerja si baju oren kat gambar atas tadi ya ;-)
bergambar lagi kat tangga sebab menunggu cukup korum

dah cukup korum barulah gerak ke tempat makan.  penganjur kata kalau nak cuba makanan Thailand bolehlah makan kat situ.

tengah menunggu kerabu Thailand.  kalau yang suka pedas dan masam mesti suka kerabu ni.  lepas makan semua kami ke Night Market lagi menghabiskan duit-duit Bath yang ada hehe.  Night Market ni sama je tempat dengan yang aku pergi sebelah pagi tadi.

bergambar di tengah-tengah kesesakan.  tak shopping mana pun cuma beli mana yang tak sempat beli sebelah siang tadi.

balik dari Night Market dapat naik tut tut yang best.  nampak tak belah dalam tut tut tu ada TV LCD ok.  dengan bunyi sound yang bergegar je rasa.  memang bestlah dapat naik tut tut ni tapi tambangnya sama je macam tut tut biasa RM2 juga.  tapi yang kurengnya tayang video yang sensor lak.  

sampai kat hotel sempat lagi bergambar.  ahli-ahli rombongan lain yang kebetulan ada kat depan hotel pun ambil kesempatan ambil gambar dengan tut tut tersebut hehe.

bersambung...


Lina

10 comments:

mamyharraz said...

best bestt :)

pic ketam tu tak menahan..murahnya harga udang tu kan.

atty's said...

paling kty suka, g hatyai makanan dia..mmg superb

I E Z S M Y said...

jadinye pegi hatyaii...mane oley2 nye?

Neeza.Areef said...

mmg kita bley tawar smpai 1/2 harga yg ditetapkan..tp kita kt tpt org kan rasa takut tu tetap ada..dpt harga yg pd kita dah ok tu kira ok lah kan

Lina said...

mamyharraz

betul tu nampak sedap je ketam tu dahlah besar

Lina said...

atty

betul tu kak ty...klu yg kaki makan tu mmg puaslah

Lina said...

ieszmy

haha pegi hari tu dah nak masuk tgh bulan...shopping pun ala kadar je...byk berjalan sebenarnya...nanti akak bg fridge magnet k

Lina said...

neeza arif

tu lah pasal...bila kita mintak kurang klu dia bg harga kurang sikit pun dah ok...tak retilah nak mintak byk2 sgt

rara said...

slm akak ,
tumpang tanya..kak pakai tour guide ke? cm best jer kak=)

rara said...

slm akak ,
tumpang tanya..kak pakai tour guide ke? cm best jer kak=)