Tuesday, March 20, 2012

Melancong Ke Hatyai, Thailand - Hari 2

dalam jadual yang diberikan kepada kami, selepas mandi-mandi dan berehat, aktiviti seterusnya petang tersebut adalah ke Floating Market.  apa Floating Market ni ya?  ok, tempat ni adalah tempat jual pelbagai makanan tetapi berkonsepkan dalam sampan.  sila layan gambar-gambar di bawah ya.

dari hotel kami semua menaiki kenderaan yang dipanggil tut tut, kira macam teksilah.  untuk ke Floating Market tambang dikenakan adalah RM6.00 pergi balik.  oh ya, Thailand menggunakan matawang Bath.  kalau RM 1 sama dengan 10.16 Bath.  so senang sangat nak convert bila shopping kiranya kalau harga barang 100 Bath, RM10 duit kita.  kalau cam 130 Bath, RM13.

rupa tut tut dari tepi.  comel-comel tut tut ni.  ada juga tut tut yang dihias begitu cantik sekali.  ada tut tut biasa macam dalam gambar atas ni.  ada juga tut tut yang ada set karaoke lagi dan juga ada yang letak TV LCD kat belakang tu.  nanti aku tunjuk gambarnya.

aku yang excited naik tut tut.  tut tut ni laju gila dia bawa.  kemudian dalam laju-laju tu dia brek memang adventure lah hehe.  bukan apa sistem lalu lintas dia tak macam kat Malaysia, banyak traffic light.  kat sana boleh dikira berapa traffic light yang ada.  kalau kat simpang yang tak ada traffic light tu memang ikut dioranglah mana nak jalan dulu tapi yang bagusnya masing-masing beri laluan. 

inilah Floating Market.  perjalanan dari hotel ke sini lebih kurang 20 minit

peniaga semua yang berada dalam sampan. yang berdiri tepi-tepi tu yang nak membeli.  

ramai sungguh orang masa ni, kebetulan masa kami pergi tu minggu mula cuti sekolah jadi pelancong luar pun ramai.  ramailah kami jumpa orang Malaysia kat sana.

aktiviti jual beli.  banyak sungguh makanan yang dijual.  ada macam-macam, kalau siapa yang kaki makan tu memang puaslah.  kalau nak membeli kena tengok juga yang mana ada tulis halal.  kalau tak tulis halal tak payahlah beli.  kalaulah kat Malaysia ada macam ni, semua aku cuba tapi tulah kat tempat orang kan.  memanglah ada tulis halal tapi kadang-kadang tak menepati selera lak.

bekas-bekas ni adalah bekas air tau.  siapa yang beli air boleh pilih nak bekas yang macam mana, nak bekas buluh ke ataupun bekas tanah liat tu.  ada macam-macam bentuk.  bekas tu pula boleh bawa balik.  semua harga sama RM2.50.  so kalau nak kumpul macam-macam bentuk belilah banyak-banyak air hehe.  

ini nugget, fishball, fishcake, hotdog goreng

ini pula aku lupa apa namanya tapi dibuat daripada telur

ini yang aku makan, mee hun sup...sedap juga, rasa cam tomyam pun ada

bekas air aku hehe

meja group kami

bersama Ena merangkap teman sebilik :-)

di samping Floating Market ada juga gerai-gerai jualan kat sekitarnya, luas kawasan, memang bestlah shopping

haha kat sana biasalah makanan ringan macam ni

jagung rebus kat sana sungguh colourful

berposing lagi sementara menunggu geng setut-tut yang lain :-)

dari Floating Market kami balik semula ke hotel.  malamnya kami berjalan ke Lee Plaza.  maaflah gambar-gambar kat sana tak adalah.  aku pun pelik kenapa aku tak ambil gambar kat situ.  Lee Plaza ni jualan utamanya adalah baju-baju dan handbag.  luas kawasannya,  ada banyaklah kedai dalamnya.  tak ada sangat barang aku beli kat situ.  balik dari situ kononnya nak pergi Night Market tapi dah lewat sangat so pergi makan je lah dan balik ke hotel.

bersambung...


Lina

2 comments:

Atie.Rashid said...

last year company trip atie g Hatyai... ok gak la tempat nye... shopping best!. floating market pun ade g...

come visit my blog
http://atierashid.blogspot.com

Zue AnnaLeeya said...

ewahhhhh... cuti2 mesia rupanya yer...
mesti byk soping kan????

Share |