baru-baru ni aku mengikuti satu rombongan melancong ke Hatyai, Thailand selama 5 hari 4 malam. sebenarnya rombongan ini dianjurkan oleh Kelab Guru Sekolah Pendidikan Khas Indera Mahkota. nak dijadikan cerita masih ada kekosongan jadi Shahril, officemate aku tanyalah staf kat office aku kalau nak joint. aku pun apa lagi, pucuk dicita ulam mendatanglah. dah lama tak jalan-jalan ni. tak kisahlah naik bas yang penting dapat berjalan ke negara orang. disebabkan En Khairol tak dapat ikut sama so aku ajaklah member aku, ex-officemate juga, Ena. bukan sebab pilihan kedua tau Ena tapi aku ikhlas ajak kau sebab aku tahu kau suka berjalan hehe.
perjalanan bermula pada hari Jumaat malam kira-kira pukul 9.00 malam. tidak banyak persinggahan di sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Bukit Kayu Hitam, Perlis. cuma singgah di Genting Sempah dan seterusnya berhenti di Gurun, Kedah. yang lain-lain cuma singgah sekejap-sekejap untuk ke tandas dan sebagainya. bukan apa ada ahli rombongan yang membawa anak kecil jadi nak tak nak kena singgahlah juga kan.
kami sampai di R&R Gurun, Kedah kira-kira pukul 7.00 pagi hari Sabtu. berada di situ kira-kira 1 jam untuk bersihkan diri dan sarapan kerana selepas tu perjalanan akan diteruskan ke Bukit Kayu Hitam.
dalam muka penat, toya dan sebagainya tapi bergambar tetap bergambar. ini antara officemate aku.
cantikkan pemandangan belakang tu
sempat bergambar di kastam di sebelah Malaysia. ni kami dah nak sampai sempadan. sebelum ke sempadan, turun sini dulu untuk cop pasport. alhamdulillah tak sangkut apa-apa.
selepas melepasi kastam Malaysia bas terus ke Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam. bas hanya setakat situ dan kami semua kena turun dan berjalan ke sempadan untuk cop pasport di kastam Thailand.
dalam perjalanan ke kastam Thailand
dah dekat dah, dah nampak Welcome To Thailand :-)
masa kami sampai situ memang ramai sangat orang. lama juga kami beratur untuk cop pasport, adalah dekat sejam lebih. memang menguji kesabaran sungguh. selepas selesai semua kami makan dulu di Danok, daerah pertama kami jejaki selepas kastam Thailand hehe. kemudian terus naik van untuk ke Hatyai.
dalam van yang memuatkan kira-kira 14 orang penumpang. abaikan 2 orang yang berbaju purple itu ye sebab rasanya aku suruh orang depan tu ambil gambar aku tapi gambar dua orang ni juga yang menyerlah haha.
selepas perjalanan selama kira-kira sejam, kami pun sampai di hotel tempat kami akan menginap sepanjang di Hatyai iaitu Hotel Golden Crown. lepas dengar sedikit taklimat terus kami ke bilik sebab dah penat gila. dalam kepala asyik fikir nak mandi je.
suasana bilik tempat kami menginap, katil king ye, memang selesa.
siap ada peti sejuk mini lagi, memang best.
lepas bersihkan diri semua dan rehat, petangnya bermulalah aktiviti kami di Hatyai.
bersambung...
Lina
No comments:
Post a Comment