ke mana lagi anak-anak kita nak bermain? ke mana lagi anak-anak kita nak bergaul? ke mana lagi anak-anak kita nak berkawan? ini semua tidak akan terjadi bila kawasan rumah pun dah tak selamat untuk anak-anak kita.
membaca pengkisahan mengenai kematian arwah Dirang amat menyayat hati. kalau diikutkan kawasan flat tempatnya tinggal adalah kawasan selamat. budak-budak memang sentiasa bermain di kawasan flat tersebut tetapi malang tidak berbau, Dirang menjadi mangsa kerakusan orang dewasa yang sepatutnya menjadi pelindung, yang lebih berfikiran, yang sepatutnya lebih penyayang. kenapa sesetengah manusia sekarang semakin kejam? sudah tidak ada perasaan belas kasihan. sudah tidak ada perasaan simpati. sudah tidak ada perasaan kasih sayang sesama manusia. sudah tidak ada perasaan saling menghormati. fitrah seorang kanak-kanak kan comel, manja, ceria tapi itupun tidak dapat memancing perasaan simpati manusia yang tidak berhati perut. aku merasakan segala perasaan yang baik telah tidak ada sekelumitpun di dalam hati manusia seperti ini.
dunia masa kini sebenarnya sudah tidak selamat untuk anak-anak kita. bukan sahaja anak-anak kita sendiri pun sentiasa dalam keadaan takut, resah, gelisah dengan segala episod rompakan, pembunuhan, rogol, penculikan, penderaan. rasanya keselamatan kita di mana-mana sudah tidak terjamin. ya memang betul jodoh, ajal, maut di tangan Allah S.W.T tetapi kita sebagai manusia ada akal, ada ilmu untuk berbuat sesuatu.
*Al-Fatihah buat arwah Nurul Nadirah Abdullah, syurgalah tempatmu sayang*
Lina
2 comments:
dunia dah nak smpai ke penghujungnye...
ayen
rasanyalah...
Post a Comment