ok, aku mengaku aku kecewa. sedih. terpinggir. kalau dari luaran memang tak nampak perasaan aku. macam tak ada apa tapi sebenarnya aku sengaja menidakkan perasaan aku. aku berlagak cool, tenang tapi sebenarnya di dalam terguris huhu.
sebenarnya ia bukan sesuatu yang besar. kalau aku tak dapat pun bukannya akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan aku ataupun sesiapa yang di sekeliling aku. cuma aku kecewa aku tidak memberikan yang terbaik padahal sebenarnya aku boleh. kalau aku dah 'fight till the end' tapi rezeki masih tidak menyebelahi aku itu aku terima tapi mungkin aku fikir aku dah berada di zon selesa ketika itu. aku tidak mengeluarkan sepenuhnya apa yang aku ada menyebabkan orang lain dapat memintas aku. itu kesilapan aku.
aku dah boleh terima kekecewaan ni tapi bila aku tengok rakan-rakan yang dapat aku terasa. patutnya aku bersama-sama mereka tapi aku terbuang huhu. apa pun bila rasa kecewa tu, itulah masanya kita boleh muhasabah diri kita semula. mungkin ada kesilapan kita di mana-mana yang kita tidak sedar.
*Ya Allah aku bersyukur kerana memberi peluang untuk aku merasa kecewa*
Lina
4 comments:
kadang kecewa itu buat kita 'kuat'!
apapun,insyaallah rasa tak enak tu akan berlalu jd sabar ya :)
sabor jelaa sbb itu cuma dugaan kecik dariNya,mgkin org lain lagi besar dugaannya dari apa yg kita hadapi kan....
kecewa menjadikan kita lebih matang dan dewasa..
Tiap perkare itu ade hikmahnye....
Post a Comment