Wednesday, February 1, 2012

Hatiku Tersentuh

bila seorang anak pesan kat ayahnya lebih kurang macam ni (seperti yang diberitahu oleh ayahnya di telefon)...

"nanti ayah cakap kat mama, kalau mama balik awal, ambil kakak ya"

so, apa yang kalian rasa?  bila ada perkataan "kalau" tu kiranya tak apa kan.  kalau boleh, bolehlah.  kalau tak boleh, tak apalah tapi hati seorang mama ni tak akannya fikir macam tu.  seboleh-bolehnya pergi redah juga walaupun kalau dari tempat kerja mamanya ni kena tempuh jem segala, dengan nak menempuh tiang-tiang traffic light tu, lepas tu singgah rumah mertua ambil adiknya dulu kemudian baru pecut ke tadika si kakak.

padahal pagi tadi macam nak terkeluar anak tekak menjerit suruh cepat mandi sebab masuk bilik air boleh buat acara nangis-nangis dulu.  ni lah padahnya kalau lama sangat tak pergi sekolah.  bila ayahnya dah pesan gitu rasa cam salji cair kat dalam hati ni huhuhu.

hati seorang ibu kan, tak ada siapa boleh challenge.

Lina

2 comments:

atty's said...

itulah kita sebagai ibu, sanggup buat apa je utk anak2nya

Neeza.Areef said...

acara nangis2 msk blk air tu mmg menghanginkan pg2 kan..hehe