Thursday, February 23, 2012

Sebak

baru semalam baca mengenai adik Faris di Redmummy, transferkan sedikit sumbangan (harap dapat membantu ibu bapanya), tup tup pagi ni baca di blog Kak Es adik Faris telah kembali menemui Penciptanya.  

al-Fatihah buat arwah adik Faris dan takziah kepada ibu bapanya.  

sebak dada.  

speechless.


Lina

Tuesday, February 21, 2012

Aku Rasa

mari kita berfikir sejenak.  bila suami/isteri atau gf/bf kita tak ada di sisi, apa yang kita rasa?  kita rasa sunyi tak bila mereka tak ada?  kita rasa jiwa kita kosong tak bila mereka tak ada?  kita rasa rindu dendam tak bila mereka tak ada?  kita rasa apa yang kita buat or lakukan serba tak kena tak bila mereka tak ada?  kita rasa berdebar-debar tak bila sampai hari kepulangan mereka?  kita rasa tak sabar nak nak bercerita itu ini begitu begini bila mereka pulang.  

  itu yang aku selalu rasa bila suami aku outstation ;-).

motif aku tulis ni, entah aku pun tak tahu.  penangan 'Sesungguhnya' kot masih ada lagi haha.

Lina

Anuar Zain Secreataries Week 2012

tengok harga tiketnya dah tahu dah memang aku tak dapat perginya.  kenapa bila tang Anuar Zain mesti mahal-mahal tiketnya?  ni bukan mahal saja-saja tapi dah mahal tahap gaban ni haha.  ok aku tahu Anuar Zain sangat berprestij tapi kasihanilah kami peminat-peminat di golongan pertengahan ni (aku tak malu mengaku ye).  tak akan golongan-golongan atasan je yang boleh tengok Anuar Zain, kami pun nak juga.  ya memang betul kalau betul peminat setia, setakat tiket mahal tu apalah sangat tapi peminat setia ni ada kehidupan juga, ada keluarga, ada banyak perkara yang nak difikirkan.  tiket paling murah RM598 tu bagi aku boleh buat isi minyak kereta aku untuk 2 bulan ya ;-).  hehe membebel-bebel ni tapi aku tetap minat juga tapi aku terkilan daripada segi itulah.  

untuk Secretaries Week bagi tahun 2012 ni kalian bolehlah baca maklumat seperti di bawah.  kepada yang berminat bolehlah mula membeli tiket di website ticketpro.



Anuar Zain To Serenade Secretaries Yet Again This Coming Secretaries’ Week
A Luncheon With Anuar Zain
KUALA LUMPUR,15th February 2012: This coming secretaries’ week on April, which is simultaneously celebrated internationally , why not show your appreciation towards your secretaries and treat them to a mesmerizing luncheon brought to you in a collaboration by RAB 9 Channel Sdn Bhd and none other than Malaysia’s very own much loved male pop star Anuar Zain.
Over the past 20 years, Anuar Zain, A multi award-winning artist has serenaded & entertained millions of his adoring fans with  popular songs such as “Keabadian Cinta” and  “Lelaki Ini” to name a few. The host of awards and accolades achieved and won by Anuar Zain is testament in itself as to his vocal prowess. 
This luncheon will see Anuar Zain hypnotize and captivate you for an hour or so, belting out his hit songs which is bound to take you back to memory lane. Having said that, a star performer such as he is, the usual 5-star menu which will satisfy and impress guests gastronomically at the luncheon.
Hosted by the ever charming Yasmin Hani and further entertained with slapstick comedy by Sepahtu, the winners of last year’s  Inaugural Maharaja Lawak,  and your musical senses soothed by Anuar Zain, expect this luncheon to be packed with charm, wit, melodies  and plenty of laughter and delightful memories .
Aptly themed after the golden days from the 60’s and romance, expect the décor to overwhelm you as the Five Senses, which are Sight, Smell, Touch, Hearing & taste will be the main foundation of the luncheon.
The two venues selected by Anuar Zain for his secretaries luncheon will be at the KL Convention Centre  on April 10th 2012 & The Zon Regency Hotel in Johor Bahru on April 17th 2012.
Tickets are priced at RM598 Silver, RM798 Gold and RM1098 Platinum per person.
The usual premium door gifts awaits guests and for the lucky few, a lucky draw awaits with prizes worth RM20,000. Please do log on to www.ticketpro.com.my and Ticketpro hotline 603 7880 7999, enquire within as only a limited number of seats and tickets will be made available at the two venues.


Important Note: Platinum Zone for Both Kuala Lumpur and Johor Bahru show not available for sale
Terms & Conditions
  • Ticket prices include RM3 Ticketing Fee
  • Once tickets are sold, no exchanges or cancellations will be entertained.
  • 1 ticket admits 1 person only
  • Please read and understand the Conditions of Sale before purchasing ticket


Lina

Monday, February 20, 2012

"Sesungguhnya" Beto Kusyairy

hasil daripada carian Google, telefilem Sesungguhnya ni sudah ditayangkan beberapa kali di Astro tetapi kenapa baru semalam aku dapat tonton ek?  musykil di situ hehe.  hasil daripada carian di Google juga, ramai juga blogger yang dah mengulas mengenai telefilem ini.

lakonan hebat Beto Kusyairy (Anuar) dan Sharifah Amani (Lela) menjadikan telefilem ini sungguh mengujakan.  rasa terbuai-buai dibawa ke alam percintaan di antara Anuar dan Lela.  Beto memang seorang pelakon yang bijak, disempurnakan pula dengan Sharifah Amani memang superb.  Ok, aku dah jatuh minat dengan Beto ;-).  dah lama tak tengok lakonan yang membuatkan hati berdebar-debar selepas Eman Manan dalam Matinya Seorang Patriot ;-).




Lina

Friday, February 17, 2012

Kecewa Itu Muhasabah Diri

ok, aku mengaku aku kecewa. sedih. terpinggir. kalau dari luaran memang tak nampak perasaan aku.  macam tak ada apa tapi sebenarnya aku sengaja menidakkan perasaan aku.  aku berlagak cool, tenang tapi sebenarnya di dalam terguris huhu.

sebenarnya ia bukan sesuatu yang besar.  kalau aku tak dapat pun bukannya akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan aku ataupun sesiapa yang di sekeliling aku.  cuma aku kecewa aku tidak memberikan yang terbaik padahal sebenarnya aku boleh.  kalau aku dah 'fight till the end' tapi rezeki masih tidak menyebelahi aku itu aku terima tapi mungkin  aku fikir aku dah berada di zon selesa ketika itu.  aku tidak mengeluarkan sepenuhnya apa yang aku ada menyebabkan orang lain dapat memintas aku.  itu kesilapan aku.

aku dah boleh terima kekecewaan ni tapi bila aku tengok rakan-rakan yang dapat aku terasa.  patutnya aku bersama-sama mereka tapi aku terbuang huhu.  apa pun bila rasa kecewa tu, itulah masanya kita boleh muhasabah diri kita semula. mungkin ada kesilapan kita di mana-mana yang kita tidak sedar.

*Ya Allah aku bersyukur kerana memberi peluang untuk aku merasa kecewa*


Lina

Wednesday, February 8, 2012

Blog Remy Ishak!

aku je baru tahu padahal semua orang dah tahu huhuhu.  cuma nak berkongsi dengan kalian semua yang hero pujaan Malaya, Encik Remy Ishak ada blog tau.  inipun dapat sumber daripada beautifulnara.  so kalau kalian nak terjah blog Encik Remy Ishak bolehlah klik BLOG REMY ISHAK.
.

Lina

Thursday, February 2, 2012

Oh Harga Barang

malam tadi pergi Tunas Manja beli barang-barang makan sikit.  toh teh toh teh totalnya RM119.20.  emmm barang tak sebanyak mana tapi pergi juga RM100 lebih.  ini baru 2 orang anak campur dengan mak paknya 4 orang punya barang.  bayangkan yang ada 4, 5 orang anak macam manalah perbelanjaan barang dapur sebulan kan.  aku rasa sekarang ni macam setiap bulan harga barang naik.  harga barang melebihi pendapatan bulanan pulak.  

oh ya kat Tunas Manja semalam tak ada minyak masaklah.  yang ada minyak paket 1kg tu dengan minyak jagung dan minyak matahari.  minyak masak sawit yang brand cap buruh ke, seri murni ke dan seangkatan dengannya tu tak ada.  pelik jugak.  minyak masak nak naik harga lagi ke?  tempat kalian macam mana pula?


Lina

Wednesday, February 1, 2012

Hatiku Tersentuh

bila seorang anak pesan kat ayahnya lebih kurang macam ni (seperti yang diberitahu oleh ayahnya di telefon)...

"nanti ayah cakap kat mama, kalau mama balik awal, ambil kakak ya"

so, apa yang kalian rasa?  bila ada perkataan "kalau" tu kiranya tak apa kan.  kalau boleh, bolehlah.  kalau tak boleh, tak apalah tapi hati seorang mama ni tak akannya fikir macam tu.  seboleh-bolehnya pergi redah juga walaupun kalau dari tempat kerja mamanya ni kena tempuh jem segala, dengan nak menempuh tiang-tiang traffic light tu, lepas tu singgah rumah mertua ambil adiknya dulu kemudian baru pecut ke tadika si kakak.

padahal pagi tadi macam nak terkeluar anak tekak menjerit suruh cepat mandi sebab masuk bilik air boleh buat acara nangis-nangis dulu.  ni lah padahnya kalau lama sangat tak pergi sekolah.  bila ayahnya dah pesan gitu rasa cam salji cair kat dalam hati ni huhuhu.

hati seorang ibu kan, tak ada siapa boleh challenge.

Lina

Wordless Wednesday

tengah cari ni...ada sesiapa yang boleh bantu?


Lina
Share |