Tuesday, January 3, 2012

Susah Sangat Ke Nak Layan Customer

kerja sebagai pembantu kedai atau lebih senang dipanggil salesgirl memang memerlukan tenaga dan kemahiran.  tenaga sebab kena sentiasa berdiri, berjalan, ambil barang, angkat barang, kalau dapat duduk pun maybe sekejap je.  kemahiran pula yalah kemahiran senyum, bercakap, melayan dan sebagainya.  

aku sebenarnya dah banyak kali berdepan dengan masalah salesgirl ni.  baru-baru ni  terjadi satu peristiwa masa aku beli kasut di salah sebuah kedai dalam Kuantan Parade.  aku taknak sebutlah nama kedainya sebab kasut-kasut kat situ cantik-cantik waaaaaaaaaaa tapi kalau salesgirl tu masih ada lagi kat situ jadi tak excited nak beli huhuhu.  

ceritanya aku berkenan kat sepasang kasut ni.  lepas belek-belek aku pilih satu design ni, aku mintalah saiz 5 sebab nak try.  salesgirl tu cakap trylah saiz 6 dulu, dia pun tunjuk kat aku kasut satu lagi yang saiz 6.  aku pun tak kisahlah cuba jelah kan sebab mana tau saiznya berbeza.  lepas try saiz 6 tu longgar, aku cakaplah kat dia dan dia pergi ambil saiz 5.  

ok aku mula rasa semacam bila kasut yang dia ambil tu adalah kasut yang aku try untuk saiz 6 padahal mula-mula aku dah tunjuk kasut yang aku nak saiz 5 tu.  ok tak apalah aku try je lah.  lepas try aku pun cakaplah yang aku nak kasut yang satu lagi tu.  masa tu muka dia dah mencerut je.  aku buat tak tau je lah.  bila salesgirl tu dah ambil kasut yang aku nak tu terus dia letak kat kaunter.  eh apahal bagilah aku tengok dulu.  aku selalunya bila beli kasut aku akan tengok dulu sebelum bayar tak kiralah memang kasut yang betul ataupun aku dah cuba, mestilah nak tengok dulu kan.  kalian macam mana, buat macam aku ke ataupun tak tengok dah terus bayar.  aku pun mintalah nak tengok eh dia boleh cakap "kasut yang mintak tadilah ni" dia buka penutup kotak tu tunjuk macam tu jer, macam nak cepat.  aku pun malas nak cakap banyak terus je bayar.  memang beruntung dia dapat customer macam aku ni, tak mudah melenting huhu.  memang nasib aku nak kena hari tu hehe.

apa yang aku perhatikan salesgirl tu macam nak cepat jer.  dia taknak buat banyak-banyak kerja.  kalau tak suka buat kerja tu tak payahlah kerja, carilah kerja lain.  kot ye pun ada masalah ke, kerja adalah kerja.  mana boleh campur-aduk dengan masalah lain.  aku faham kalau kerja kat kedai macam tu dari 10 pagi hingga 10 malam, memang penat dengan berdirinya kan tapi dah pilih kerja macam tu nak tak nak kena buat jugalah. harap-harap salesgirl cuma buat perangai hari tu je lah hehe.

Lina

8 comments:

Azzah said...

dia nak cepat la tu..kita sbagai pelanggan ada hak nak tengok/belek kasut tu selama mana kita mau..:)

Zue AnnaLeeya said...

klu saya pon bengang gitu lina...
mestilah kita nak tgk dulu dan test bagai...
sib baik dia dpt customer mcm lina...
klu dia dpt saya mmg bernanahla telinga dia....
saya nih mmg jenis bising sket klu salesgirl jenis acuh tak acuh nih....
kita pembeli kan???? ader hak... hehehe

ieda said...

erggh memang sakit ati kalau ada salesgurl macam nie dik
akak sound direct je dikk kalau ada salegurl macam nie huhuh

Lina said...

azzah

yup betul tu...setuju

Lina said...

zue annaleeya

hahaha lain kali kena bawa zue lah klu nak pegi shopping...bole tlg marahkan

Lina said...

ieda

ohhh kena bawa kak ieda jg klu g shopping haha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam kak lina..kurang asam budak pompuan tu eii.buat kerja tak ikhlas.kan kita nak test dulu.cuba jln pki kasut baru tu.klu tak selesa takmo beli.huhu....dia perlu kerja jd penjaga keselamatan rasanya kak lina.hny duduk saja kan?tak susah.haha

Lina said...

Lydia Miza

hahaha jd pengawal keselamatan ye dak ha duduklah puas2