Tuesday, January 3, 2012

Nostalgia Teh Piring

semasa aku di zaman sekolah rendah dulu bila sampai tarikh 21hb setiap bulan adalah hari yang aku cukup suka.  pada tarikh tersebut aku akan mengikut arwah atuk dan wan aku ke bandar untuk mengambil pencen di bank kat Jalan Bukit Ubi (bersebelahan dengan bangunan bekas sekolah Cina, berhadapan dengan padang MPK) aku tak ingatlah nama banknya tapi sekarang ni kalau nak ambil pencen kat EON Bank.  

selalunya lepas dah selesai ambil pencen arwah akan membawa aku makan roti canai di sebuah restoran kat bandar Kuantan ni.  memang setiap bulan di situlah kami makan...roti canai dan teh (kadang-kadang order roti bakar).  aku ingat lagi teh dihidang dalam cawan beralas tu.  arwah atuk akan menuang teh tersebut ke dalam piring sebelum bagi aku minum.  ditiup-tiup dahulu baru bagi aku minum lalu mencicip-ciciplah aku minum sambil menahan kepanasan di bibir :-).  sekarang ni bila makan roti canai dan minum teh tarik automatik teringat-ingat.  

selepas makan sure pergi pula ke pasar untuk ambil barang dapur di satu kedai runcit ni.  aku tulis ambil sebab bayar yang bulan lepas dan ambil barang baru hehe.  kiranya masuk dalam bukulah.  memang macam tulah setiap bulan.  arwah dah kenal baik dah dengan toke kedai tu.  macam-macamlah yang dibeli lepas tu.  disebabkan aku sekolah petang jadi dah siap bekal baju sekolah semua sebab memang lambat kalau nak balik rumah bersiap dan ke sekolah.  jadi, lepas dah shopping semua kami akan pergi ke rumah kenalan baik arwah yang dipanggil Pak Wan di Tanah Putih untuk salin baju semua.  kemudian baru arwah hantar aku ke sekolah.  itulah rutin aku setiap bulan bila time arwah ambil pencen.  memang aku ingat sangat.
sangat-sangat nostalgia. *sebak*.

Nota : Arwah atuk mengadap penciptaNYA pada 16 Jun 2000
          Arwah wan mengadap penciptaNYA pada 6 September 2007

Lina

5 comments:

kurus said...

teringat kenangan lama kan dik
bila dgr teh piring tuu ingatkan ape .. rupenya akak punn ada pengalaman macam tuu ;)

Lina said...

ieda

emmm ada masa2 kenangan lama dtg menjengah...sayu rasa hati

hehe teh piring ek ingatkan teh apalah yer

Neeza.Areef said...

skang mcm dah x jmpa org minum air dlm piring gitu kan..

alfatihah

LM said...

salam kak lina..atuk adik pun bg adik minum pki piring..hik3.cicip bunyik masa minum kan?


dulu selalu tgu peluang ikut arwah moyang ambik duit pencen.suka gi naik bas ngan dia

~izan~ said...

kalau buat cmtu cepat sejuk katanya hehe..mmg pernah hirup air teh dr piring mcm pengalaman akak ni =)

Share |