Monday, January 16, 2012

Cerai???

terkedu sekejap mendengar cerita seorang teman (lelaki) semalam.  cerita yang baru aku ketahui berpunca daripada kiriman salam yang aku titipkan buat isterinya.  jawapan "insyaAllah kalau jumpa" buat aku tertanya-tanya lantas membuka rahsia.

sudah setahun mereka bercerai.  kedua-duanya memang aku kenali.  daripada cerita teman ini bekas isterinya ada kekasih gelap.  mulanya masih memberi peluang tetapi setelah bukti di depan mata apa lagi yang boleh dibuat.  ke mahkamahlah jalan terakhir.  nasib baik tiada perebutan hak yang meleret-leret.  penjagaan anak tiada had waktu.  bila-bila boleh diambil.  kesian buat si anak menjadi korban akibat masalah ibu bapa.

sampai ke hari ni masih lagi berfikir kenapa bekas isterinya berubah laku.  tak taulah kalau ada masalah lain yang tidak diketahui.  jika benarlah seperti yang diberitahu oleh suaminya harap-harap segeralah berubah.

Lina

8 comments:

attyfir said...

itulah kan..hanya diaorg je tau apa masalah diaorg, lagipun itu semua penyebab, qada & qadar dari nya

Zue AnnaLeeya said...

tulah kan???? hnya diaorg tau masalah sebenar....
tp sian kt anak2 la yg jd mangsa....

Ayen... said...

sedih dengan sikap manusia sekarang ni....

LM said...

salam kak lina..kadang2 tak blh juga kita dgr cerita sblh pihak.wanita ni jarang ada yg curang.pasti ada masalah tersembunyi. bila dah ada anak perit macam mana pun biasanya wanita dulukan anak2 dlm apa saja tindakan.derita mcm mana mereka tahan sbb takmo anak2 derita. hrp kehidupan mereka baik2 saja, anak2 akan fhm kot suatu hari nnt.

Lina said...

atty

betul kak ty...kita tak tau apa masalah sebenarnya...nak buat camne stakat tu je jodoh diorang

Lina said...

zue

yup sian kat anak2

Lina said...

ayen

tu lah pasal...itulah sebelum buat keputusan pk masak2

Lina said...

Lydia Miza

setuju dengan lydia, kita tak boleh dengar cerita dari sebelah pihak sahaja...itulah istimewanya wanita kan

Share |