boleh ke berfb dengan ex-bf or ex-gf? ex ni pulak bukan calang-calang ex ok...bukan ex yang sekejap-sekejap bercinta 4, 5 bulan atau setahun tu tapi yang bercinta bagai nak rak 5, 6 tahun. yang bercinta memang dah sampai tahap nak kahwin, dah merancang anak nak berapa, masa depan macam mana semua tu. tup tup tak kesampaian, putus di tengah jalan. sedihnya cuma di pihak 1 lagi sahaja tapi di pihak yang ini sedih juga cuma lebih dihantui rasa bersalah sebab dia yang putuskan. kemudian dah dapat jumpa pengganti dan alhamdulillah dah berkahwin dan ada anak tapi di pihak ex masih lagi membujang sampai sekarang.
nak dijadikan cerita jumpa kembali si ex ni di alam fb tapi tak add sebab sedar diri tapi bila si ex ni add boleh pulak terima huhu. niat di hati nak menjernihkan keadaan sebab masa putus dulu secara tak beretika (oh ada juga etika kalau nak putus hehe). jadi disebabkan rasa bersalah sangat terimalah request si ex. masa mula-mula keraplah juga menghantar msg semua tapi lama-kelamaan macam timbul perasaan tak berapa nak best pulak. yelah apahal lak nak bermsg dalam fb dengan ex kita padahal dah ada laki ada anak. memanglah niat nak berkawan sahaja tapi dulu kan bercinta bagai nak rak, sampai nak kahwin bagai apa perasaan ex bila dia tengok gambar kita dengan laki, dengan anak semua, ingat dia tak terasa ke? kita pulak bila tengok gambar ex dengan perempuan mulalah rasa semacam, girlfriend dia ke?
bila dah berhubung semula macam ni dah mengembalikan kenangan lama. yelah mana boleh lupa nak-nak lagi cinta pertama. kita nak buktikan yang kita boleh terima dia sebagai kawan tapi padahal dalam hati masih ada lagi sisa-sisa kenangan lama. aku tak taulah orang lain yang masih boleh berkawan dengan ex dia padahal dia dah ada bf/tunang/suami. kalian pula macam mana? apa pendapat kalian? patutkah terus berhubung dengan dengan ex melalui fb tersebut?
rasanya ini yang menyumbang kepada skandal dengan suami/isteri orang.
kita rasa kita kuat...kita rasa ahhh tak akannya terjebak dengan cinta tiga segi ni.
itu dulu, dah lama dah bercinta dengan dia ni.
kita nak berkawan je lah
kita ingat kat suami/isteri, ingat kat anak.
tiba-tiba lama kelamaan tanpa sedar
kalau sehari tak berfb dengan dia macam ada yang kurang
kalau sehari tak buka fb dia rasa tak sah
kita memang dah ada kenangan dengan dia
bukannya susah sangat nak mengembalikan kenangan tersebut
sebenarnya ini hanya pendapat aku, juga sebagai peringatan kepada orang lain dan terutama kepada diri aku sendiri. apa pula kata kalian?
13 comments:
kty pun kalo dulu stkat boyfriend ..kalau dah putus2 putus je tak kuasa nak kawan2, cuma kalau jumpa..tegur camtu2 je..
tp kty pun ada ex..tp bukan sbrg ex , terpaksa gak , sbb deal pasal anak2..walupun dlm hati rasa benci ke apa anggap tu semua takdir..redha je
sebijik citer saya.....sy dgn ex sy couple dah 8 thn...memang fefeling nak kawin dah pun...tapi masa tu muda lagi kononnya....alih2 dah keje tak jadik...sy yang mintak putus...heheh...jalan citer sebijik mcm sy....tp alhamdulillah...dah block pun dia....tak baik...dan tak sanggup...
atty
itulah klu stakat penah bercinta x sampai setahun bolelah diterima tp klu dah nak rak bercinta kan...bila putus pastu nak jd kawan rs cam tak patut jer
nikki
ohhh ada cite jg yer...emmm 8 taun lg la lama...dah block dah ye...satu tindakan yang bijak
ehemm2 eheemmm..*strepsils pliss..hahaha.
mmg fb ni byk merosakkan rumahtangga org.betullaa tu bagai dikata,xyah ckplaa nak kwn je ke ape ke.mengarut sume tu.....
ekekke akak dulu jumpe ex di FB .. kami saling tegur ..
cakap gak kat hubby , tapi hubby x kesah ..
akak sedar dan end like that only .. x panjang2 punn .. risau kalau hati di pesongkan allah .. selisihhh ! .. ;)
klu x kuat jgn accept fren request la..
Ieszmy
Sakit tekak ke hehe
Ayen
Marah nampak hehe tp itulah fb bagus sebenarnya tp org yg menggunakan tu yg memesongkan
Ieda
Betul tu kak ieda takut jg kan klu kita tsilap langkah
Neeza arif
Betul tu baik dpd mula jgn trima xlah pening kepala
jumpa gak..tapi terus tak layan risau hati terpaling
Post a Comment